Ramai jemaah haji Indonesia didapati menjadi pelupa atau tidak mengingati jalan pulang ke hotel semasa berada di Arab Saudi.
Panitia Penyelenggara Ibadah Haji yang memaklumkan perkara itu mendapati rata-rata jemaah berusia di bawah 65 tahun mempunyai masalah kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan mencukupi ketika melaksanakan ibadah haji. Ketua Seksyen Pegawai dan Keselamatan Jemaah, Kolonel Muftil Umam berkata, masalah sama turut berlaku pada 2019 yang menyaksikan hampir 200 jemaah sesat. “Di Masjidilharam, hampir tiada kes dilaporkan, namun beberapa kes kecil dilaporkan seperti menggunakan perkhidmatan kerusi roda daripada pihak yang tidak berdaftar.
“Anggota yang dikenali sebagai Linjam (perlindungan jemaah) juga ditugaskan membantu jemaah yang tersesat, tidak menggunakan perkhidmatan kerusi roda haram dan bantu jemaah yang kehilangan sandal. “Ada juga jemaah yang merokok di kawasan persekitaran Saie sehingga didatangi askar,” katanya lapor CNN Indonesia. Muftil menegaskan setiap jemaah perlu menahan diri agar tidak merokok di kawasan persekitaran masjid terutamanya di Masjidilharam. “Pertama, soal tingkah laku yang susah diubah iaitu merokok. Kedua, bawa wang tetapi lupa diletakkan di mana, contohnya, selepas berwuduk. “Lebih penting jaga kesihatan dan kurangkan keluar hotel,” katanya. Dalam menangani masalah tersebut, pihaknya bekerjasama dengan anggota khas dari Tentera Nasional Indonesia dan Polis Indonesia yang memberikan bantuan keselamatan. Walaupun berstatus tentera dan polis, mereka tidak beruniform seragam sebaliknya berbaju putih dan hitam seperti pegawai haji lain. “Kita telah memperkukuhkan penempatan anggota di Masjidilharam supaya jemaah sentiasa berasa selamat. “Sebelum ini, sektor khas mempunyai 10 orang anggota dan ditambah 19 lagi menjadikan 29 anggota keseluruhannya. “Antara lokasi yang dipantau adalah seperti tawaf, Saie, pintu Babussalam, sekitar Menara Zamzam serta tiga terminal bas di sekitar Masjidilharam,” ujarnya. Sumber: Utusan
|
dua_chzy replied at 2-7-2022 02:23 PM
Huntong la Arab Saudi, Kaabah kat Mekah. Buat duit betul kau ya.
(Komen takda kaitan dengan artike ...
ADVERTISEMENT