CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Buru Penunggang Motosikal Khayal, Hidu Gam Di Lebuh Raya

2-7-2022 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2657| Komen: 22

Description: Polis mencari lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan khayal dipercayai menghidu gam.
Polis mencari lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan khayal dipercayai menghidu gam.

Terdahulu, tular video di Facebook semalam menunjukkan seorang lelaki sedang khayal ketika menunggang motosikal.



Foto: Ihsan FB

“Menerusi rakaman tersebut, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan menuju arah selatan di sini melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha FZ150 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran,” kata Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof.

Tambahnya, video itu memaparkan motosikal berkenaan ditunggang seorang lelaki seorang diri di lorong tengah lebuh raya.


“Rakaman tersebut juga turut memaparkan suspek yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sedang memegang sambil menghidu bungkusan plastik disyaki gam di tangan kirinya,” katanya.


Video: FB

Ujarnya lagi, pihaknya kini giat melakukan usaha mengesan dan mengenalpasti suspek.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 2-7-2022 03:46 PM
Selamba je tunggang moto xde helmet, xde no plat.. siap hidu gam lagi. Memang lalok tahap maxima ni.. Agaknya klo hon pun dia wat selamba je.

Quote tumpanglalu74 2-7-2022 04:34 PM
Edited by tumpanglalu74 at 2-7-2022 04:38 PM
ezacbee replied at 2-7-2022 03:46 PM
Selamba je tunggang moto xde helmet, xde no plat.. siap hidu gam lagi. Memang lalok tahap maxima ni. ...

Lirik lagu tu..

Nah untok yang pekak:

Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan
Yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan
Yang panjang
Menyesali kemiskinan aku ini


Ku mampu petik bintang di langit
Ku mampu bina jambatan pelangi
Ku mampu..


Quote Supersirap 2-7-2022 09:16 PM
otai betul, semua undang-undang dilanggarnya
Quote Supersirap 2-7-2022 09:16 PM
otai betul, semua undang-undang dilanggarnya
Quote Goodluckdontcry 3-7-2022 12:13 AM
Pasni ngaku mental..mental yg akibat Dr perbuatan sndr ni, den xkesian Sgt..SBB ko yg buat keputusan untuk mementalkan Diri ko..utk elakkan Dr den kene kecam..mental disini maksud den..ko amik dadah..hidu gam..Dan yg sewaktu dgnnya..pastu urat kepala hotak berjambul ko putus, ko pun JD mental...den hrp ko cptla pergi ke alam fana dik SBB den rs ko Ada pun, takut menyusahkan org lain yg xde dosa ngan ko..so pergilah ko dik kesana..damailah ko disana..ahakkksss... harkkkktuihhhh
Quote SonicSiLandak 3-7-2022 12:16 AM
korang bayangkn kalo budak gam ni sembang ekonomi??

Quote sukacactus 3-7-2022 06:58 AM
Naik moto sampai ke langit dah tu rasanya
Quote mejaputih 3-7-2022 07:34 AM
Org mcm ni kalau kena lenyek ngan lori org tak kesian..
Quote sambaldurian 3-7-2022 07:41 AM
Bnyk pulak petrol dlm motor dia , khayal2 dia berjalan je eh motor dia.
Quote Rachel_Green 3-7-2022 08:12 AM
mujur tak bawak moto lawan arus...semoga ko berubah la bang..
Quote CariMalay 3-7-2022 09:29 PM
Goodluckdontcry: Pasni ngaku mental..mental yg  ...
syukur alhamdulillah kalau orang macam ni mampus terus
Quote CariMalay 3-7-2022 09:31 PM
SonicSiLandak replied at 3-7-2022 12:16 AM
korang bayangkn kalo budak gam ni sembang ekonomi??

Manusia2 macam ni tak ambik dadah pun memang semulajadi kaki sembang.
Quote CariMalay 3-7-2022 09:32 PM
mejaputih replied at 3-7-2022 07:34 AM
Org mcm ni kalau kena lenyek ngan lori org tak kesian..

Betul. Harap2 sangat cepat mampos
Quote SonicSiLandak 3-7-2022 09:33 PM
CariMalay replied at 3-7-2022 09:31 PM
Manusia2 macam ni tak ambik dadah pun memang semulajadi kaki sembang.

betul tu acik

sesungguhnya ilmu itu sumber kejayaan


Quote CariMalay 3-7-2022 09:34 PM
Takde nombor plat, takde helmet, hisap gam. Harap sangat2 orang macam ni cepat mampos kena lenyek lori, biar berkecai badan kau atas jalan raya. Wakakakakaka
Quote meya 3-7-2022 09:37 PM
Bagilah banyak lagi bantuan.
Quote kemaruk 3-7-2022 09:55 PM
geng rastafari sap gam ke ni @SonicSiLandak
Quote Carcosa 3-7-2022 09:59 PM
Mesti dlm kepala hotak dia, dia tengah duduk atas space ship sambil cruising tengok2 planet
Quote SonicSiLandak 3-7-2022 10:07 PM
kemaruk replied at 3-7-2022 09:55 PM
geng rastafari sap gam ke ni @SonicSiLandak

jangan sampai dia bersilat membaca graf inflasi kem


Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.081374 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top