View: 1418|Reply: 7
|
Ramai Jemaah Haji Indonesia Jadi Pelupa
[Copy link]
|
|
Ramai jemaah haji Indonesia didapati menjadi pelupa atau tidak mengingati jalan pulang ke hotel semasa berada di Arab Saudi.
Panitia Penyelenggara Ibadah Haji yang memaklumkan perkara itu mendapati rata-rata jemaah berusia di bawah 65 tahun mempunyai masalah kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan mencukupi ketika melaksanakan ibadah haji.
Ketua Seksyen Pegawai dan Keselamatan Jemaah, Kolonel Muftil Umam berkata, masalah sama turut berlaku pada 2019 yang menyaksikan hampir 200 jemaah sesat.
 Gambar hiasan/Detik News
“Di Masjidilharam, hampir tiada kes dilaporkan, namun beberapa kes kecil dilaporkan seperti menggunakan perkhidmatan kerusi roda daripada pihak yang tidak berdaftar.
“Anggota yang dikenali sebagai Linjam (perlindungan jemaah) juga ditugaskan membantu jemaah yang tersesat, tidak menggunakan perkhidmatan kerusi roda haram dan bantu jemaah yang kehilangan sandal.
“Ada juga jemaah yang merokok di kawasan persekitaran Saie sehingga didatangi askar,” katanya lapor CNN Indonesia.
Muftil menegaskan setiap jemaah perlu menahan diri agar tidak merokok di kawasan persekitaran masjid terutamanya di Masjidilharam.
“Pertama, soal tingkah laku yang susah diubah iaitu merokok. Kedua, bawa wang tetapi lupa diletakkan di mana, contohnya, selepas berwuduk.
“Lebih penting jaga kesihatan dan kurangkan keluar hotel,” katanya.
Dalam menangani masalah tersebut, pihaknya bekerjasama dengan anggota khas dari Tentera Nasional Indonesia dan Polis Indonesia yang memberikan bantuan keselamatan.
Walaupun berstatus tentera dan polis, mereka tidak beruniform seragam sebaliknya berbaju putih dan hitam seperti pegawai haji lain.
“Kita telah memperkukuhkan penempatan anggota di Masjidilharam supaya jemaah sentiasa berasa selamat.
“Sebelum ini, sektor khas mempunyai 10 orang anggota dan ditambah 19 lagi menjadikan 29 anggota keseluruhannya.
“Antara lokasi yang dipantau adalah seperti tawaf, Saie, pintu Babussalam, sekitar Menara Zamzam serta tiga terminal bas di sekitar Masjidilharam,” ujarnya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Huntong la Arab Saudi, Kaabah kat Mekah. Buat duit betul kau ya.
(Komen takda kaitan dengan artikel) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goodluckdontcry at 3-7-2022 12:28 AM
Selamat menunaikan Haji BG yg mampu..
Sorry la den nk buat perbandingan..tp sedari dulu, jemaah Dr Msia lbh berdisiplin..beretika Dan ikut arahan dgn baik banding dgn negara yg nk ganyang Msia purbakala dulu..
Satu yg blh den kongsikan..klu baik..ambillah ikhtibar..klu X..bolayankan sajork..ni kisah arwah mak den berthn dulukala la..mak den terlps Dr kumpulannya..tp mak den xpanik..Dan ikut shj ape yg DH diajar ustaz..selebihnya tawakal..Dan Lps abis semua yg patut dibuat..tetiba nmpk arwah ayah den Dan semua ahli..dpn Mata je diorg tgh mencari.. pengajaran Dr arwah mak den..ape2 jgn panik..Dan bykkan doa.. insyaAllah selamat...
Sekian wabillahi taufik walhidayah..terima kasih (sila sebut ala David arumugum alleycats..  ) |
|
|
|
|
|
|
|
Perokok tegar sungguh warga indonesia ni. Hisap kretek dlm masjid ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa etis gay pondan pedo cemburu orang pergi haji kenapa erk??
ada apa masalah erk???
 |
|
|
|
|
|
|
|
Jemaah Haji dari Malaysia adalah yg terbaik di dunia. Jemaah Timur Tengah pun tak dapat celen. Bab ni kalau Indon nak claim....tolong kirim salam je la ya. It will never be |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah lupa tu perkara biasa bilamana berada di tempat baru. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-7-2022 02:23 PM
Huntong la Arab Saudi, Kaabah kat Mekah. Buat duit betul kau ya.
(Komen takda kaitan dengan artike ...
Ekzekli. Buta2 dapat hasil lumayan xyah iklan ke haper. |
|
|
|
|
|
|
| |
|