CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cetek Akal Kau Dik, Telan Racun Sebab Sangka Teman Lelaki Merajuk Sampai Bunuh Diri

2-7-2022 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2405| Komen: 10

Description: Seorang gadis pendek akal apabila dia meminum racun selepas menyangka teman lelakinya membunuh diri selepas mereka bertengkar.
Seorang gadis pendek akal apabila dia meminum racun selepas menyangka teman lelakinya membunuh diri selepas mereka bertengkar.

Insiden di Bareilly, Uttar Pradesh itu dipercayai berlaku selepas remaja berusia 17 tahun berkenaan menyangkakan teman lelakinya merajuk selepas pertengkaran mereka.


Gambar hiasan

Berdasarkan laporan Time of India, kejadian berlaku gadis terbabit tidak mengendahkan permintaan teman lelakinya berusia 22 tahun untuk membuat panggilan video sebelum tercetus pertengkaran.

Teman lelakinya kemudian mengancam terjun di hadapan kereta api.


Selepas cuba membuat 40 kali panggilan, gadis terbabit panik dan tanpa berfikir panjang, dia sanggup meminum racun selepas bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada teman lelakinya itu.

Gadis itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, keluarga gadis itu membuat laporan polis terhadap lelaki berkenaan yang kini melarikan diri.

Pegawai polis tempatan, Ravindra Kumar mengesahkan bahawa kertas siasatan dibuka dan pihaknya sedang memburunya.

Jika sabit kesalahan, lelaki berkenaan berdepan dakwaan mengikut Seksyen 506 (ugutan jenayah) dan 306 (bersubahat untuk membunuh diri).


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 2-7-2022 03:18 PM
romeo dan juliet sangattt
Quote ezacbee 2-7-2022 03:28 PM
Jumpa di pintu sorga katanya...
Quote KamikuP 4-7-2022 09:55 AM
Semoga dilimpahi kari  ayam babas
Quote Supersirap 4-7-2022 10:18 AM
Jangan sesekali membazirkan nyawa dan air mata disebabkan masalah perhubungan dan juga rakan-rakan yang toksid
Quote Buritan 4-7-2022 10:21 AM
ezacbee replied at 2-7-2022 03:28 PM
Jumpa di pintu sorga katanya...

Senang sggh bunuh diri.. adoiii..
Quote primarikey 4-7-2022 12:02 PM
Cinta monyet sgt
Quote SonicSiLandak 4-7-2022 12:44 PM
bangsa etis
Quote CariMalay 4-7-2022 01:42 PM
KamikuP: Semoga dilimpahi kari &nb ...
hahahaha     
Quote CariMalay 4-7-2022 01:45 PM
Tapi rasanya lelaki tu tak bersubahat pun, laki tu takde suruh perempuan tu bunuh diri, tapi dia sendiri yg buat keputusan untuk bunuh diri
Quote akies 4-7-2022 02:00 PM
Pengaruh filem romeo & juliet

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.070128 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top