CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Seru Rakyat Malaysia Naik Basikal Untuk Jimat, Datuk Seri Pun Kayuh 35 Minit Ke Pejabat

1-7-2022 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7826| Komen: 107

PUTRAJAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menjadi kementerian pertama yang melaksanakan program ‘Berbasikal ke Pejabat’ sekali gus menyokong usaha kerajaan melestarikan alam sekitar. 


Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, beliau berharap kementerian-kementerian lain akan mengikuti usaha ini sebagai satu komitmen berterusan untuk bersama-sama menjaga alam sekitar.

Beliau berkata, buat permulaan, program ini akan diadakan sekali seminggu sebelum ia diperluaskan secara harian pada masa depan. 


Foto: Utusan

“Hari ini, seramai 40 warga KASA dan beberapa rakan korporat serta individu menyertai aktiviti kayuhan ke pejabat pagi ini. 


“Saya difahamkan ada yang berbasikal sejauh 10 kilometer ke pejabat hari ini dan ia satu usaha yang bagus,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan program Berbasikal ke Pejabat, di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata, Putrajaya adalah bandar yang direka dan mesra untuk mereka yang berbasikal malah, bandar ini juga mempunyai kemudahan paling baik untuk melakukan aktiviti itu. 

Menurutnya, selaras program ini, pihaknya akan membawa aktiviti ini kepada satu tahap iaitu melahirkan komuniti mobiliti aktif iaitu mendidik masyarakat untuk berbasikal dan berjalan. 

“Di Putrajaya ini, jarak kediaman kakitangan dan pegawai dengan pejabat kementerian hanya sekitar 5 km dan jika berbasikal, ia hanya ambil masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja. 

“Pagi tadi, saya sendiri berbasikal sejauh 14 km dan ambil masa 35 minit dari rumah saya di Bangi untuk ke pejabat,” katanya. 

Katanya, aktiviti berbasikal juga boleh mengurangkan penggunaan bahan api dan kesesakan lalu lintas selain membantu menjadikan Putrajaya bandar bebas karbon.  -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 1-7-2022 04:44 PM
menteri lobai x join ke

Quote star_karat 1-7-2022 04:46 PM
Dah start dah. Harga petrol mahal naik lah basikal.
Quote cikatilia 1-7-2022 04:48 PM
Edited by cikatilia at 1-7-2022 04:51 PM

aku tgh imagine naik beskal dari umah nak lalu jalan2 construction tu himpit2 dgn motor kereta bagai
doa2 aje la tak kena sondol dgn jalan sempit berlubang
balik2 hujan naya...
kalau umah dekat rawang kerja dekat puchong / sg buloh / kl / kd  - nak kuo umah kul baper tu
Quote tungkai 1-7-2022 04:51 PM
Wayang....
Quote rje 1-7-2022 04:54 PM
keje kat bangsar rumah kat puchong. kul berapakah saya patut keluar rumah?
Quote doubleharmonic 1-7-2022 04:59 PM
eh babi. kalau ko duduk rawang gi keja kat kajang bangi puchong tu naik basikal pukul berapa ko nak sampai hah babi?
Quote azimodin 1-7-2022 05:12 PM
Dari nilai nak ke klang, pukul 1 pagi start kayuh, pukul 8 belum tentu sampai... tu belum lagi nak menyelit celah2 lori, hujan, 4wd yg drive macam jalan tu bapak dia punya. Habistu camne pulak yg jenis hantar anak 3 orang odw nak gi kerja, anak2 kena naik basikal jugak ke
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 05:15 PM
betul la.. naik beskal la semua..

yg jantan makin boroi.. yang betina makin gelebeh...

yang gay-pondan-pedo... korang lagi tau la kan...

kena fit la sikit badan tu... baru mantap... seksi... haaaaaaaaaaaaa


Quote RinIna 1-7-2022 05:28 PM
Menteri otak babi..
Quote Lagubestbest 1-7-2022 05:28 PM
alasan.. korang semua alasan..

ok yb camera dah off ok yb tu sana kereta dah standby pintu dah buka basikal takpe tinggal je kami sambut japg.
Quote Mary_jane 1-7-2022 05:29 PM
Acik2 gomen kat putrajaya sila berbasikal dulu.
Quote harkktuih 1-7-2022 05:40 PM
Menteri punya sembang.. Ujung2 dia dgn kaum kerabat naik kete siap ada escort bagai
Quote Friska 1-7-2022 05:40 PM
Menteri Malaysia lucu ya, suami saya bilang dia kangen pemerintahan partai UMNO
Quote lemanusopp 1-7-2022 05:45 PM
Ni je kau bole buat dgn gaji bepuluh ribu...buat2 la naik basikal sama2...nmpsk prihatin...trik zmn jepun betul la..sama je perangai jadah Dari dulu
Quote babelina 1-7-2022 05:51 PM
mcm nk tamporrrrr jer.. ko penah naik moto ke kete ke dari jln kapar ke klang.. aku tmbh lg ke port klang.. ko try aku nk tgk..
tu pn hazab ngn jln berlubang, ngn pagi2 g kje lampu jln ko sedihhhh.. blk dh senja pn gelap dh.. lg nk suh aku naik basikal.. mcm nk tamporrrrrrr jer..
Quote jejaka_hensem 1-7-2022 05:55 PM
Bila babi2 bercakap
Quote silencekiller 1-7-2022 05:56 PM
Pemimpin dan rakyat tu umpama cermin jaa... kalo dok seronok mengata menteri kaa timbalan menteri ka apa kaa sebagai bodoh.. kaki tukang cerca tu pun sama bodoh...

nak cepat kaa dekat p kerja kaa... p dok jauh apsal... tadak sapa nk paksa p beli rumah di pajam kaa rawang kaa tapi kerja KL.. tak mampu hadapi masalah sesak ni.. berhenti kerja .. dok rumah atau p beli or sewa rumah dekat tempat kerja kaa dkt public transport ka apa kaa... dah macam budak2 kecik.. semua nak orang suap ..
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 06:00 PM
Friska replied at 1-7-2022 05:40 PM
Menteri Malaysia lucu ya, suami saya bilang dia kangen pemerintahan partai UMNO

kepala hotak kau la friski...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah


Quote green~tea 1-7-2022 06:00 PM
star_karat replied at 1-7-2022 04:46 PM
Dah start dah. Harga petrol mahal naik lah basikal.

Hahahahahahaha win komen ni

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.986143 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top