DUNGUN – Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 1, Jalan Tok Kah-Jerangau berhampiran Kampung Alur Mak Bah di sini.
Dalam kejadian pada 6.50 petang itu, mangsa, Nurul Zahirah Aqrima Mohamad Yasin, 13, meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, remaja perempuan itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Mahsuri Tok Kah dari Kampung Alur Mak Bah. “Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5, dipercayai keluar simpang secara tiba-tiba menyebabkan kenderaan
Toyota Hilux dipandu seorang pembantu kedai makan berusia 41 tahun dari arah Kampung Mak Bah gagal mengelak. “Impak rempuhan berkenaan menyebabkan mangsa terseret sejauh beberapa meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. Baharudin berkata, lelaki yang memandu kenderaan Toyota Hilux berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. -CARI Sumber: Kosmo
|
Atata replied at 30-6-2022 11:18 AM
Kenapa ya budak2 bawak motor suka keluar simpang tak tgk. Kluar simpang menonong je kluar like serye ...
mejaputih replied at 30-6-2022 11:23 AM
maybe sbb tu budak2 tak eligible to own a vehicle licence. otak dorg belum boleh process segala ri ...
Samerosie replied at 30-6-2022 11:27 AM
Tak boleh cakap macam tu, haritu kes budak lelaki meninggal langgar pembahagi jalan tu pun tak de ...
Atata replied at 30-6-2022 11:18 AM
Kenapa ya budak2 bawak motor suka keluar simpang tak tgk. Kluar simpang menonong je kluar like serye ...
bottombikini replied at 30-6-2022 11:22 AM
buat la camne pun mesti kenderaan besar yg akan disalahkan
padahal selalu motor2 ni keluar simpang t ...
Atata replied at 30-6-2022 03:18 AM
Kenapa ya budak2 bawak motor suka keluar simpang tak tgk. Kluar simpang menonong je kluar like serye ...
Artemesiaa replied at 30-6-2022 02:51 PM
Betul tu mana2 tempat ramai je species macam tu
ADVERTISEMENT