Rombongan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan media ke kediaman Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau di Bagan Datuk, Perak pada Selasa lalu disambut dengan puluhan pakaian ikonik penyanyi terkenal itu.
M Daud ketika ditemui memberitahu, beliau mempamerkan pakaian yang digunakan ketika membuat persembahan itu agar tetamu dapat melihatnya dengan lebih dekat. Pakaian itu bukan sahaja digantung di hadapan beranda rumah, tetapi M Daud turut mempamerkannya di dalam khemah yang setiap satunya mempunyai kisah tersendiri. Tidak hanya itu, turut dipamerkan adalah koleksi album piring hitam dan anugerah yang pernah dimenanginya sepanjang bergelar seorang penghibur.
"Baju-baju show ini semua saya gantung di luar supaya mereka dapat lihat dengan lebih dekat," katanya. Sementara itu, M Daud turut berkongsi keadaannya dan memberitahu masih menerima tawaran untuk mengadakan persembahan sehingga ke Sabah dan Sarawak. "Alhamdulillah masa ada panggilan untuk persembahan termasuk di Sabah dan Sarawak tetapi apakan daya keadaan kesihatan tidak mengizinkan. "Tapi saya tetap bersyukur dan gembira kerana masih ada rakan-rakan arits, orang-orang penting dan peminat yang sudi menziarahi saya," katanya. YKAT diwakili oleh Pemegang Amanah iaitu Datuk DJ Dave, Datuk Nancie Foo dan Dr Kanagarajan dalam lawatan selama dua jam ke kediaman M Daud. M Daud menetap di Bagan Datuk bersama isteri, Datin Rohani Awang Ngah dan anak mereka Ahmad Zaini Mohd Daud. Sejak lima tahun lalu, penyanyi itu berdepan dengan masalah kesihatan seperti diabetes, keadaan jantung tidak stabil selain kurang daya pendengaran. Susulan beberapa penyakit itu, M Daud juga tidak boleh berdiri lama, sering mengalami kebas kaki dan tangan serta sakit pada bahagian pinggang. "M Daud juga merupakan salah seorang penerima pencen bulanan dari YKAT berjumlah RM500 setiap bulan. Bayaran ini kami masukkan terus ke dalam akaun beliau," kata DJ Dave. Sementara itu, Nancie yang turut hadir bersama memberitahu mereka mempunyai perancangan untuk melawat beberapa artis lagi sempena ulang tahun YKAT yang ke-10. Pada lawatan kali ini, pihak YKAT memberi sumbangan khas berjumlah RM1,000 kepada M Daud Kilau sebagai tanda penghargaan atas jasa beliau kepada industri seni dan sedikit sebanyak untuk menampung perbelanjaan perubatannya. Sumber: mStar
|
salimrock replied at 30-6-2022 09:21 AM
apa lah amalan dan diet M daud kilau dan Dj dave ni ek?
rambut diorang lebat dan cantik walopn dah ...
Burong_Hantuk replied at 30-6-2022 12:17 PM
Teringat kes polis dia dengan sorang budak lelaki
salimrock replied at 30-6-2022 09:21 AM
apa lah amalan dan diet M daud kilau dan Dj dave ni ek?
rambut diorang lebat dan cantik walopn dah ...
tikusmontok replied at 30-6-2022 08:47 PM
Rambut tok mal pun hitam lebat apa
Burong_Hantuk replied at 30-6-2022 12:17 PM
Teringat kes polis dia dengan sorang budak lelaki
KUALA LUMPUR - Kes liwat Datuk M. Daud Kilau yang didakwa seorang remaja lelaki sejak setahun lalu dianggap selesai dan ditutup semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Yassin mengesahkan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menutup siasatan selepas mendapati tiada bukti kukuh untuk meneruskan pendakwaan di mahkamah. "Kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur sejak Mei 2007 termasuk menyerahkan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pengadu untuk pengesahan dan siasatan lanjut. "Kertas siasatan seterusnya mendapati tiada sebarang bukti untuk menyabitkan artis berkenaan dalam kes liwat tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Kes tersebut sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan atas kesalahan meliwat tanpa kerelaan. Akhbar pada 27 April tahun lalu melaporkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun membuat laporan polis mendakwa diliwat dua kali oleh penyanyi tersebut pada Januari dan April 2007. Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!. Kredit to :Kosmo! 28 June, 2008 |
CardiGans85 replied at 30-6-2022 07:40 PM
M Daud kilau ni sejenis yg beringat waktu tua. Bagus pak cik ni
tikusmontok replied at 30-6-2022 08:47 PM
Rambut tok mal pun hitam lebat apa
ADVERTISEMENT