CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1956|Reply: 14

M Daud Kilau Gantung Pakaian ‘Show’ Depan Rumah

[Copy link]
Post time 30-6-2022 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Rombongan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan media ke kediaman Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau di Bagan Datuk, Perak pada Selasa lalu disambut dengan puluhan pakaian ikonik penyanyi terkenal itu.


M Daud ketika ditemui memberitahu, beliau mempamerkan pakaian yang digunakan ketika membuat persembahan itu agar tetamu dapat melihatnya dengan lebih dekat.








Pakaian itu bukan sahaja digantung di hadapan beranda rumah, tetapi M Daud turut mempamerkannya di dalam khemah yang setiap satunya mempunyai kisah tersendiri.


Tidak hanya itu, turut dipamerkan adalah koleksi album piring hitam dan anugerah yang pernah dimenanginya sepanjang bergelar seorang penghibur.


"Baju-baju show ini semua saya gantung di luar supaya mereka dapat lihat dengan lebih dekat," katanya.








Sementara itu, M Daud turut berkongsi keadaannya dan memberitahu masih menerima tawaran untuk mengadakan persembahan sehingga ke Sabah dan Sarawak.


"Alhamdulillah masa ada panggilan untuk persembahan termasuk di Sabah dan Sarawak tetapi apakan daya keadaan kesihatan tidak mengizinkan.


"Tapi saya tetap bersyukur dan gembira kerana masih ada rakan-rakan arits, orang-orang penting dan peminat yang sudi menziarahi saya," katanya.


YKAT diwakili oleh Pemegang Amanah iaitu Datuk DJ Dave, Datuk Nancie Foo dan Dr Kanagarajan dalam lawatan selama dua jam ke kediaman M Daud.


M Daud menetap di Bagan Datuk bersama isteri, Datin Rohani Awang Ngah dan anak mereka Ahmad Zaini Mohd Daud.


Sejak lima tahun lalu, penyanyi itu berdepan dengan masalah kesihatan seperti diabetes, keadaan jantung tidak stabil selain kurang daya pendengaran.


Susulan beberapa penyakit itu, M Daud juga tidak boleh berdiri lama, sering mengalami kebas kaki dan tangan serta sakit pada bahagian pinggang.




M Daud bersama DJ Dave
Sumber foto: mStar




"M Daud juga merupakan salah seorang penerima pencen bulanan dari YKAT berjumlah RM500 setiap bulan. Bayaran ini kami masukkan terus ke dalam akaun beliau," kata DJ Dave.


Sementara itu, Nancie yang turut hadir bersama memberitahu mereka mempunyai perancangan untuk melawat beberapa artis lagi sempena ulang tahun YKAT yang ke-10.


Pada lawatan kali ini, pihak YKAT memberi sumbangan khas berjumlah RM1,000 kepada M Daud Kilau sebagai tanda penghargaan atas jasa beliau kepada industri seni dan sedikit sebanyak untuk menampung perbelanjaan perubatannya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 09:21 AM | Show all posts
apa lah amalan dan diet M daud kilau dan Dj dave ni ek?

rambut diorang lebat dan cantik walopn dah 70 an , ke 80 an?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 09:57 AM | Show all posts
Moga M Daud Kilau dipermudahkan segala urusan.
Kadang2 meols cemburu dgn rambut Dj Dave dan M dudKilau ni. Apa petua rambut lebat dan hitam sebegitu yaacchh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:26 AM | Show all posts
Bagus juga ada yayasan artis ni, untuk kebajikan diorang gak di masa tua nanti. Yang muda2 tu beringatlah. Jangan enjoy je sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 30-6-2022 09:21 AM
apa lah amalan dan diet M daud kilau dan Dj dave ni ek?

rambut diorang lebat dan cantik walopn dah  ...

kan.. rasanya dia 80an.. rmbut masik terpacak cantik
dulu2 penah baca petua dia tp aku lupa dah haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:35 AM | Show all posts
m daud kilau ada buat penampilan istimewa tk kat filem mat kilau?? sapa dah tengok???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2022 12:17 PM | Show all posts
Teringat kes polis dia dengan sorang budak lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 30-6-2022 12:17 PM
Teringat kes polis dia dengan sorang budak lelaki

Aiyoo chuols.. fitnah kan tu? He dah lama ada kencing manis… selamba je heols jawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
M Daud kilau ni sejenis yg beringat waktu tua. Bagus pak cik ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 30-6-2022 09:21 AM
apa lah amalan dan diet M daud kilau dan Dj dave ni ek?

rambut diorang lebat dan cantik walopn dah  ...

Rambut tok mal pun hitam lebat apa
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 09:12 PM | Show all posts
tikusmontok replied at 30-6-2022 08:47 PM
Rambut tok mal pun hitam lebat apa

rambut jamal tu betul ke kus??? cam palsu je
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:17 AM | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 30-6-2022 12:17 PM
Teringat kes polis dia dengan sorang budak lelaki


yang ini ekkk uoollssss.....


KUALA LUMPUR - Kes liwat Datuk M. Daud Kilau yang didakwa seorang remaja lelaki sejak setahun lalu dianggap selesai dan ditutup semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Yassin mengesahkan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menutup siasatan selepas mendapati tiada bukti kukuh untuk meneruskan pendakwaan di mahkamah.

"Kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur sejak Mei 2007 termasuk menyerahkan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pengadu untuk pengesahan dan siasatan lanjut.

"Kertas siasatan seterusnya mendapati tiada sebarang bukti untuk menyabitkan artis berkenaan dalam kes liwat tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kes tersebut sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan atas kesalahan meliwat tanpa kerelaan.

Akhbar pada 27 April tahun lalu melaporkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun membuat laporan polis mendakwa diliwat dua kali oleh penyanyi tersebut pada Januari dan April 2007.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Kredit to :Kosmo! 28 June, 2008




Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
CardiGans85 replied at 30-6-2022 07:40 PM
M Daud kilau ni sejenis yg beringat waktu tua. Bagus pak cik ni

Beringat waktu tua atau muda??
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 11:49 AM | Show all posts
tikusmontok replied at 30-6-2022 08:47 PM
Rambut tok mal pun hitam lebat apa

tok mal mcm pakai wig...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 12:30 PM | Show all posts
ak rasa generasi skang mana kenal dia ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.177090 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list