CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengurusan Perumahan Kena Cari Pak Guard Reti Bahasa Melayu, Inggeris - Awal Ashaari

30-6-2022 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2999| Komen: 25

Description: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang sebelum ini terpalit kontroversi selepas dituduh melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan berkata, kes itu membuka mata bany ...
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang sebelum ini terpalit kontroversi selepas dituduh melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan berkata, kes itu membuka mata banyak pihak dan menegaskan mengenai pentingnya komunikasi.


Awal, 41, berkata, kes sebegitu kerap berlaku, namun tidak diberi tumpuan kerana ia bukanlah berlaku membabitkan selebriti.


IG Awal

"Mungkin kes sebegini berlaku setiap hari, tetapi ia tidak membabitkan orang yang dikenali. Saya ada berborak dengan penduduk di kawasan tempat tinggal saya juga dan menurut mereka, dah banyak kes salah faham membabitkan penduduk dengan pihak pengurusan yang berlaku, cumanya ia tidak diberi tumpuan.


"Apabila ia berlaku, kita sebagai penduduk dan pihak pengurusan yang menjaga keharmonian sesuatu kawasan perumahan itu harus berfikir solusinya dan mungkin silapnya adalah dari segi komunikasi," katanya.

Tambah bekas pengacara Melodi itu lagi, kebanyakan pengawal keselamatan yang ditempatkan di sesuatu kawasan tidak boleh berbahasa Melayu dan Inggeris sekali gus ia menyukarkan proses komunikasi.

"Bila dah dua kali berlaku dan mencuri tumpuan (termasuk kes membabitkan pelakon Sharnaaz Ahmad), kita dapat melihat bahawa ada yang tak kena dengan sistem pengurusan.


IG Awal

"Pihak bertanggungjawab mungkin boleh meletakkan satu syarat untuk menempatkan seorang pengawal warga negara Malaysia untuk memudahkan komunikasi. Kita orang Malaysia ada adat dan tatasusila," katanya.

Tambahnya, ada juga pihak yang menganggap golongan selebriti menyalahgunakan kuasa dan pengaruh sekali gus melanggar undang-undang.

"Kalau nak salah gunakan kuasa dan pengaruh, buat apa saya nak gunakan di kawasan rumah. Baik saya guna di tempat lain yang memberi lebih manfaat.

"Jadi, apa yang boleh saya katakan, situasi yang berlaku itu membuka mata banyak pihak termasuk diri sendiri untuk bermuhasabah diri," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 30-6-2022 10:34 AM
Setuju dgn Awal.

Macam.cakap ayam itik dgn guard guard ni.
Sepatah tak paham.
Harapkan lokal kerja nanti case main mata lak sampai jadi rape case. Haishhh.

Aku nak kerja lak, tak tahan panas siang dan sejuk malam. Hantu pun ada memalam..seremm.
Quote aammyy 30-6-2022 11:02 AM
Setuju.

At least sorang warga asing, sorang lagi warganegara standby.

Sebab kadang2 residents ni ada yg balik mabuk2 cari pasal dengan pak guard.

Sorang jaga registration, sorang tolong tunjuk tempat parking visitors.

Sorang ronda, sorang jaga kat depan/bawah.

Nak tanya la kat korang, pernah tak korang belanja pak guard korang. Bg kuih ke, air ke.
Quote AshkieLa 30-6-2022 11:45 AM
aammyy replied at 30-6-2022 11:02 AM
Setuju.

At least sorang warga asing, sorang lagi warganegara standby.

Nak tanya la kat korang, pernah tak korang belanja pak guard korang. Bg kuih ke, air ke.
for me dan untuk kawasan taman meols benda biasa. Kadang malam2 pi beli burger ramly or satay tepi jalan, belikan utk diorg skali.
Masa bulan puasa aritu lagi meriah. penuh makanan dalam pondok diorg hasil sedekah.
Asal org balik drpd bazaar, hulur sekali diorg punya portion. Happy diorg...


Quote aammyy 30-6-2022 11:49 AM
AshkieLa replied at 30-6-2022 11:45 AM
for me dan untuk kawasan taman meols benda biasa. Kadang malam2 pi beli burger ramly or satay tep ...

I selalu jugak buat. Tapi after few weeks mesti pak guard tu ditukar. Adakah suratan atau kebetulan? Risau la en mana tau benda tu takboleh. Dorang tak boleh terima apa2 dari residents ke.
Quote Samerosie 30-6-2022 11:53 AM
aammyy replied at 30-6-2022 11:49 AM
I selalu jugak buat. Tapi after few weeks mesti pak guard tu ditukar. Adakah suratan atau kebetula ...

Ini normal you for apartments and condos.  Mengelakkan perkara2 yg tak diinginni macam stalking anak dara orang ke, buglary by the guard sendiri, sebab derang tau kan orang ni keluar masuk bila tak ada bila ada.
Quote ketupatnasi 30-6-2022 11:56 AM
Meme laaaa....... tapi yang faseh 3 bahasa ni nak ke kije jagi guard? Berapa pulak nak bayau gajinya tuuuu... Mngmnt fee tinggi kang chuols gak sentap.
Quote AshkieLa 30-6-2022 12:12 PM
aammyy replied at 30-6-2022 11:49 AM
I selalu jugak buat. Tapi after few weeks mesti pak guard tu ditukar. Adakah suratan atau kebetula ...

rasa mcm biasa je tu... ade system rotation sesama diorg. Supaya dia takleh mark dan bgtau saper2 rumah mana rutin harian dia
mcmana time bila kosong takde orang semua tu.


Quote sleepandream 30-6-2022 01:48 PM
kalau ambik guard local baru keje sebulan dua dah benti...
iols penah tanya tokey cina kenapa tak ambik org local...kan senang nak communicate.. org pun rasa selesa n safe... tapi tu la mcm2 kerenah... belum lg cuti mc la... bawak bini atau anak pegi hospital la... thats why dorg suka hire foreigner
Quote dekmieDandy 30-6-2022 02:55 PM
lain kali management buat AGM ke apa ko kena join

ni complaint tak kena tempat

pastu merentan kat medsos je kerja

tempat aku okay je lepas complaint time AGM dia buat atleast ada sorang local guards at all time
Quote Bergosip 30-6-2022 04:06 PM
sleepandream replied at 30-6-2022 01:48 PM
kalau ambik guard local baru keje sebulan dua dah benti...
iols penah tanya tokey cina kenapa tak am ...

selain dari communication. dorang ambik warga asing sebagai pak guard sebab senang "nak ikat".

majoriti pak guard tu akan stay dalam rumah atau kawasan yang sama (house/hostel provided). plus, dorang ni jauh dari keluarga. jadi, tak ada istilah MC sebab anak sakit, nak tukar shift sebab isteri pon ada kerja masa shift tu dan lain2

gaji pak guard ni pon boleh tahan jugak. dekat tempat iols, pernah lah tanya2 pak guard tu. gaji dia RM3K sebulan, hostel provided. Some of bagladesh pak guard ada degree in IT. Dorang lah kata dekat negara dorang, susah nak secure kerja. Even ada degree pon, kerja dekat Malaysia sebagai pakguard sebab nak jadi golongan experts ke Malaysia pon quite susah.
Quote mizruncing 30-6-2022 04:12 PM
lagi2 bangla. strict ok dahh tp bila ckp x paham bahasa
Quote LadyCarefree 30-6-2022 11:56 PM
Maksudnya awalina belum cukup gah tempat rumah dia la kalau ada masalah pak guard xfaham BI dan xfaham BM. Juga besar kemungkinan kawasan dia duduk terlalu banyak rumah. Duduklah kawasan yg betul2 elite siapa nak beli rumah situ hanya boleh beli kalau ada recommendation selain syarat2 ketat. Barulah eksekelusip gitu.
Quote Racurve 1-7-2022 12:04 AM
soooo ko nak suruh ambik pak gad manak spentot rahim sewel tu kerr @MatDeghem @Normabaru
Quote Normabaru 1-7-2022 12:18 AM
Edited by Normabaru at 1-7-2022 02:22 AM
Racurve replied at 1-7-2022 02:04 AM
soooo ko nak suruh ambik pak gad manak spentot rahim sewel tu kerr @MatDeghem @Normabaru

apoooo kaw hi end pak gad pprt level?shawalina ni patut pindah kat kaw ghumah kaka ni

pak gad ghumah kaka siap buleh berwhatsapp sambil buat service bell boy door to door lagi tau..if xfaham nnt dia google la pkai translator tu..tiap2 bulan ada pak gad of the month award..ala2 beauty pagent haa gittew ngko hader shawal??
kami skipping omputih siap pakai boogie car dgn motor skooter horkehhh

#OKdonemeriak if xcukup esok kaka flex kete baru plak!kikiki

Quote she 1-7-2022 12:26 AM
aammyy replied at 30-6-2022 11:49 AM
I selalu jugak buat. Tapi after few weeks mesti pak guard tu ditukar. Adakah suratan atau kebetula ...

Dorang tak boleh stay 1 tempat lelama
Katanya takut ada connection dengan penghuni
Nanti kroni dan jadi lah kes eh kita kan dah kenal lama
Bermulalah keculasan mengikut peraturan

Dia ikut roster
Dan rotate lokasi
Quote Normabaru 1-7-2022 12:27 AM
aammyy replied at 30-6-2022 01:02 PM
Setuju.

At least sorang warga asing, sorang lagi warganegara standby.

pernah...heheh

nk komen sikit je..

maybe shawal ni aura dia xbpe 'luck' dr segi pemilihan aset rumah

renovate kena tipu

pastu rumah lambat siap

then management plak bermasalah

but then anak2 sume orka since lahir...self made orka without tunggu duit pak mak

kira cm lose some win some

so balance la kat situ..hehehe
Quote Normabaru 1-7-2022 12:29 AM
Racurve replied at 1-7-2022 02:04 AM
soooo ko nak suruh ambik pak gad manak spentot rahim sewel tu kerr @MatDeghem @Normabaru

klu rahim lendir ijo yg jaga silap hb naik kes kongkek bini org kat situ..xmasuk lg kes mkanan dgn duit hilang...kupon voucher makanan pon mungkin mengalami nasib sama..kohkohkoh
Quote MatDeghem 1-7-2022 05:49 AM
Racurve replied at 1-7-2022 12:04 AM
soooo ko nak suruh ambik pak gad manak spentot rahim sewel tu kerr @MatDeghem @Normabaru

Si Rahim sewel Tak bleh. Dia kan keje dgn Hajjah neelopa & Pak ostad superhero jadi Pak gad.

Rahim sewel busy hokkey. dari subuh hingga ishaq maki carutz kat porem. Berak cair merata tered untuk neelopa....jijikz

Pak gad kutil neelopa di tugaskan maki hamun sesiapa yg kutuk keluarga neelopa Dan yg puji fattzura. Dia ambil aleh tugas SI sherot.

Sherot kan kena humban kat tingkap oleh admin neelopa kerana Tak bayar duit kutu RM60
Quote MatDeghem 1-7-2022 05:51 AM
Normabaru replied at 1-7-2022 12:29 AM
klu rahim lendir ijo yg jaga silap hb naik kes kongkek bini org kat situ..xmasuk lg kes mkanan dgn ...

Coupon expire Mary brown....

Geng SI sherot lah. Sengkek.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.084367 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top