Mahu tunggu anak sudah boleh bercakap. Itu kata Noor Neelofa apabila mengulas lanjut mengenai hasratnya berhijrah ke tanah Arab bagi mengikuti pengajian di sana. Usahawan selebriti berusia 33 tahun itu bagaimanapun menjelaskan hasratnya itu masih dalam perancangan.Jelasnya, dia dan suami, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz merancang berhijrah ke sana apabila Muhammad Bilal yang kini berusia lima bulan sudah boleh bertutur. “Sebenarnya masa awal perkahwinan, saya dan suami ada berborak mengenai soal menyambung pengajian, nak belajar Bahasa Arab, mendalami hadis dan sebagainya. Kemudian bila sudah ada anak, kami cuba ‘explore’ apa lagi pilihan yang ada. “InsyaAllah kalau semuanya okay, kita akan ambil pengajian pendek terlebih dulu. Tengok pada kesesuaian juga. Tidak boleh dipastikan lagi sama ada (sambung pengajian) di Madinah ke, Mesir ke atau mana-mana lokasi yang lebih sesuai pada ketika itu. “Saya nak tunggu Bilal macam boleh cakap sikit sebab nanti dia boleh ‘tangkap’ bahasa tempatan di sana. “Mungkin saya boleh cakap… awal atau pertengahan tahun hadapan ke. Sudah tentulah saya akan bawa bersama Bilal,” katanya dipetik dari Media Hiburan. Akuinya, meskipun tempoh pengajian tidak makan masa lama, mempelajari bahasa asing adalah antara impiannya sejak dulu.
|
fadz84 replied at 29-6-2022 07:20 PM
Tu diaaaa.. update status penghijrahan pasangan terpaling ke bumi arab
Bini jahh ni nk buat apa s ...
serinegara replied at 29-6-2022 07:40 PM
Bila banyak benar bunyi, tapi hasilnya takde, maknanya takkan berhijrah pasal nak ambil kursus bagai ...
princessmiang replied at 29-6-2022 07:46 PM
Ade kitorang kesah????????????????????????
Ana antuma antunna ana nahnuuuuuuu
Piramida replied at 29-6-2022 07:42 PM
Knowing her propa... Dari dulu she mcm x pasti nak apa.. . Semua benda sekerat sekerat... Bakalan ...
serinegara replied at 29-6-2022 07:40 PM
Bila banyak benar bunyi, tapi hasilnya takde, maknanya takkan berhijrah pasal nak ambil kursus bagai ...
ADVERTISEMENT