Kehadiran cahaya mata sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakkan pasangan suami isteri. Sebelum lahir lagi bayi dalam kandungan itu dijaga dengan penuh hati-hati dan kasih sayang, bila sudah lahir semestinya ibu bapa akan menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh.
Namun, lain pula kisah yang terjadi di Indonesia apabila seorang bayi berusia lima bulan ditemui membusuk di dalam rumahnya sendiri.
Menerusi portal Tribunnews, hal ini hanya diketahui nenek bayi berkenaan ketika dia terhidu bau busuk sebelum melaporkan hal itu kepada orang kampung.
Rupa-rupanya, bayi itu ditemui dalam keadaan yang begitu menyayat hati.
Lebih malang, bayi itu telah ditinggalkan oleh ibu bapanya yang menghadiri pertemuan di Yogjakarta.
Hasil post mortem mengesahkan bayi itu telah meninggal kerana didera oleh ibunya berulang kali. Beberapa kesan kecederaan juga turut dijumpai di bahagian belakang badan bayi itu termasuklah daripada kepala sehingga ke punggung.
Menurut sumber, ibu bapa kepada bayi itu kini direman untuk siasatan lanjut. - CARI