CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Makan Hamster Peliharaan Anak Sebagai ‘Pertukaran’ Dadah

27-6-2022 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 736| Komen: 1

Description: Seorang wanita berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan kekejaman terhadap haiwan susulan sebuah video yang menunjukkan dia makan seekor hamster peliharaan anaknya.
Seorang wanita berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan kekejaman terhadap haiwan susulan sebuah video yang menunjukkan dia makan seekor hamster peliharaan anaknya.


Lapor Daily Mail, video menjijikkan itu dimuat naik dalam Facebook dan tindakan wanita tersebut dikatakan sebagai ‘pertukaran’ untuk mendapatkan bekalan dadah jenis kokain.


The Sun

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat membunuh hamster itu sebelum memakannya.

Dalam pada itu, Jabatan Polis Lincolnshire mengesahkan suspek berasal dari Grantham dan kini ditahan bagi membantu siasatan.


Menurut jurucakap polis, Persatuan Diraja Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan (RSPCA) turut bekerjasama dalam sisatan itu.

“Polis akan membantu RSPCA melakukan siasatan penuh berhubung tindakan wanita tersebut,” katanya.

Sementara itu, wakil RSPCA pula menyifatkan video tersebut amat mengganggu dan kejam.

“Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden yang berlaku, boleh hubungi kami untuk berkongsi maklumat berkenaan.

“Jangan sebarkan lagi video itu kerana ia amat menjijikkan,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 27-6-2022 07:59 PM
berita caprut.jpg

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.082707 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top