CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 1186|Reply: 11

Bunuh anak 5 bulan sebelum pergi melancong

[Copy link]
Post time 27-6-2022 09:43 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh, ES (bertudung biru) dibawa keluar dari balai polis. - Coconut

Bunuh anak 5 bulan sebelum pergi melancong

JAKARTA – Seorang wanita di Surabaya didakwa membunuh anaknya sendiri sebelum pergi melancong bersama suaminya ke Jogjakarta, lapor laman berita Coconuts semalam.

Suspek yang dikenali sebagai ES dan berumur  25 tahun, menghempaskan anak bongsunya yang berusia lima bulan itu berulang kali selepas bayi itu dikatakan tidak berhenti menangis.

Laporan bedah siasat menunjukkan bayi tersebut meninggal dunia kerana kecederaan pada tengkorak kepala.

Pada Khamis lalu kira-kira pukul 2 pagi (waktu tempatan), ES membawa mayat bayinya yang sudah meninggal dunia kepada ibunya, EBS di Wonocolo, Surabaya.

“Pada masa itu, tangan dan kaki bayi itu sudah sejuk,” kata EBS kepada pemberita.

ES memberitahu EBS bahawa dia akan mengikuti suaminya yang berkursus di Jogjakarta dan akan menguruskan mayat anaknya sebaik sahaja mereka pulang.

Anak sulung pasangan itu yang berumur setahun turut dibawa ke Jogjakarta.

“Saya bertanya bagaimana dia sanggup pergi melancong sedangkan anaknya sudah meninggal dunia.

“Namun ES mengugut untuk membunuh saya jika perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa,” cerita ibunya.

EBS tidak sanggup menyimpan rahsia kematian cucunya apabila mayat mula membusuk dan membuat laporan polis pada Sabtu lepas.

Polis berkata ES mungkin berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun kerana membunuh bayi, sementara menunggu pertuduhan tambahan.

Siasatan setakat ini mendedahkan bahawa suaminya yang sering tiada di rumah kerana sibuk bekerja, tiada semasa kejadian tersebut berlaku dan tidak mengetahui tentang  jenayah itu.

Dalam pengakuan rasminya, ES berkata,  dia sering melepaskan kemarahannya terhadap bayi mereka  setiap kali bergaduh dengan suaminya.

Bayi itu juga dilaporkan mengalami kekurangan zat makanan dan mengalami pertumbuhan yang terbantut. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... um-pergi-melancong/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang urang nama Es ini buruk belaka perangai. Kan cik Es?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 07:12 AM | Show all posts
Ni lg satu binatang...eeeee.....mari aku hempas ko dr tingkat 20.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 07:57 AM | Show all posts

Kejam! Tergamak Tinggal Bayi 5 Bulan Sampai Membusuk Semata-Mata Untuk 'Gathering'

Sumber: Portal Tribunnews


Kehadiran cahaya mata sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakkan pasangan suami isteri. Sebelum lahir lagi bayi dalam kandungan itu dijaga dengan penuh hati-hati dan kasih sayang, bila sudah lahir semestinya ibu bapa akan menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh.


Namun, lain pula kisah yang terjadi di Indonesia apabila seorang bayi berusia lima bulan ditemui membusuk di dalam rumahnya sendiri.


Menerusi portal Tribunnews, hal ini hanya diketahui nenek bayi berkenaan ketika dia terhidu bau busuk sebelum melaporkan hal itu kepada orang kampung.


Rupa-rupanya, bayi itu ditemui dalam keadaan yang begitu menyayat hati.


Sumber: Portal Tribunnews





Lebih malang, bayi itu telah ditinggalkan oleh ibu bapanya yang menghadiri pertemuan di Yogjakarta.  


Hasil post mortem mengesahkan bayi itu telah meninggal kerana didera oleh ibunya berulang kali. Beberapa kesan kecederaan juga turut dijumpai di bahagian belakang badan bayi itu termasuklah daripada kepala sehingga ke punggung.


Menurut sumber, ibu bapa kepada bayi itu kini direman untuk siasatan lanjut.  - CARI


Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:43 AM | Show all posts
dah macam meroyan ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 10:30 AM | Show all posts
Berita dari indon ni tak pernahnya elok. Semuanya busuk belaka. Tiada yg busuk hanya busuk belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 10:44 AM | Show all posts
KamikuP replied at 28-6-2022 10:30 AM
Berita dari indon ni tak pernahnya elok. Semuanya busuk belaka. Tiada yg busuk hanya busuk belaka.

bergini sebenarnya banyak berita yg baik di sana cuma tk disebarkan

rakyat mereka 10 kali ganda dari kita.

yg lepas kat negara kita ni, kira mcm yg dari India yg tiada jamban disana

dan juga dari cina yg kira  meraka tak berguna buat negara asal mereka.

tu sbb mereka datang ke sini.

balik kpd topik - berita ni kira mcm akhbar Metro yg asik2 FOCUS  cerita pasal kena ROg0l.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2022 11:23 AM | Show all posts
Bunuh anak 5 bulan sebelum pergi melancong
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5049083&extra=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 01:48 PM | Show all posts
Masalah mental yang serius
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 02:28 PM | Show all posts

Beza gila kot (kualiti) berita wartawan mainstream dengan cerita yang overdose ajinomoto wartawan cari.

dah lah eja Yogyakarta pun salah


Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita2 merepek macam ni jarang berlaku kat Malaysia, kebanyakannya dari Indo dan India
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
5bln da kena dera? baik sula je parent baby ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-10-2022 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.084335 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list