Cik Bunga menerusi Utusan Malaysia mendedahkan kedai makan seorang penyanyi disabotaj sepupu sendiri. Menurut Cik Bunga, penyanyi ini memang pernah rancak berniaga berjual beli makanan dan ramai datang kedainya sebelum ini.
"Baru-baru ini, Cik Bunga pasang hasrat nak pergi. Namun, ada seorang teman beritahu, kononnya penyanyi itu sudah tidak berminat lagi nak teruskan perniagaan di restorannya itu. "Bukan apa, asyik kena sabotaj saja dengan sepupunya yang juga buka kedai makan berdekatan dengan kedai penyanyi itu," katanya.
Ujarnya, sepanjang perniagaannya, ada beberapa kejadian pernah terjadi termasuk mengupah orang awam untuk menjadi pelanggan untuk memburuk-burukkan restoran milik penyanyi itu di media sosial. Cik Bunga bagaimanapun berharap agar penyanyi berkenaan tidak meneruskan hasratnya untuk menutup kedainya itu. "Jangan digadai usaha dan penat lelah yang telah dilakukan demi mencari pendapatan hidup. "Iyalah, jadi artis ini, nak tumpu pada satu cabang pendapatan saja, tidak dapat beri jaminan. Kira baguslah dia nak berniaga untuk luaskan sumber pendapatan. Sekurang-kurangnya dia tidak hidup meminta-minta, harap bantuan orang," katanya. Semoga segala urusannya dipermudahkan. - CARI
|
ADVERTISEMENT