Penyanyi, komposer dan pelakon, Naim Daniel, tidak malu mengaku bahawa dirinya memang syok sendiri ketika berhasrat menjalin kerjasama duet dengan kumpulan Dolla.
Menerusi lagu berjudul Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat (MIALYPSPAB), kata Naim, ia merupakan kali pertama kolaborasi itu dilakukan dan dia sendiri yang bertindak ‘melamar’ empat wanita cantik itu untuk tujuan ini. “Memang saya yang ajak Dolla untuk kolaborasi dan lagu itu dicipta sejak dua tahun lalu. Lagu balada yang sedih dan saya sengaja nak Dolla duet bersama. “Sebab macam kita tahu, Dolla kalau bab menari sambil menyanyi itu memang dah jadi makanan mereka. Boleh dikatakan, saya ini berani mati dan syok sendiri buat lagu ini.
“Saya tak nak hadkan diri dalam berkarya. Mungkin peminat Dolla akan nampak kelainan daripada mereka. Bagi saya, Dolla mempunyai potensi yang tinggi dalam dunia muzik,” katanya.
|
September14 replied at 25-6-2022 07:36 AM
Poyooo la dia ni
Sllu klu retis x ensem perasan ensem mesti gaya dia mcm poyoooo…. Rilex2 dah awok ...
ADVERTISEMENT