CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

8 Tahun Perang Dingin, Shila Amzah Saling Bermaafan Dengan Media Melayu

24-6-2022 02:02 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3923| Komen: 33|Original author: LilRose

'Sengketa' antara Shila Amzah dengan media Melayu akhirnya terlerai menerusi satu pertemuan hati ke hati di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.


Shila, 32, mengakui sudah lama memikirkan cara untuk berdamai, namun tiada masa sesuai.


Kredit foto: IG

Lapan tahun perang dingin, akhirnya mereka saling bermaafan dan meluahkan segala yang terbuku di hati masing-masing sebelum ini.

"Sebenarnya perasan untuk berdamai ini sudah timbul sejak saya hamil iaitu pada 2019. Tetapi, mungkin masanya belum sesuai.


"Andai pertemuan ini diadakan pada lapan tahun lalu mungkin kita tidak akan sedamai ini kerana cara pemikiran saya sekarang sudah berubah dan lebih matang," katanya dipetik dari Harian Metro ketika ditemui semalam.


Kredit foto: mStar

Pertemuan itu sekali gus membuat penyanyi berkenaan berasa lega kerana ia berakhir dengan baik.

"Saya tidak mahu menanggung bebanan di bahu saya kerana kemelut ini, saya sudah tidak larat," katanya.

Berpesan kepada rakan artis, Shila menasihatkan mereka supaya segera berdamai kerana ia cara terbaik mengatasi konflik.

"Kalau boleh saya mahu beritahu rakan artis yang lain jangan buang masa dan duit untuk turun naik mahkamah jika ada masalah dengan media dan selesaikan dengan baik.

"Saya tak mahu orang lain melalui perkara sama. Walau sesukar mana pun selesaikan dengan cara berdamai kerana tidak ada perkara baik yang akan muncul daripada kemelut sebegini," katanya.


Video: YouTube mStar

Shila sebelum ini menerusi Melodi TV3 meluahkan rasa kesalnya kerana menyaman sekumpulan wartawan pada 2015.

Sehubungan itu, dia membuang ego dan memohon maaf kepada pengamal media yang terkesan dengan tindakannya itu. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 24-6-2022 02:15 PM
Elok ler tu, muda2 dulu masa tengah hot boleh lah.. Tapi memang ramai kata badan dia macam dah beranak 5 kan
Quote hyie 24-6-2022 02:16 PM
satu tindakan yang bijak! semoga terus bersinar
Quote laksmanabentan 24-6-2022 02:22 PM
ko yang cari masalah... pepandai la cari jalan penyelesaian...
Quote annadonna 24-6-2022 03:11 PM
Alhamdulillah. Tak mudah memohon maaf. Banyak kemaluan nak dibuang utk mohon maaf.
Quote KBW2 24-6-2022 03:30 PM
Tak kesahlah maaf tak maaf ni. Tapi terganggu betul dengan kegergasian sheols.

Ko muda lagi weyh Xila.

Biarlah grow dalam music jah jangan badannya ikut grow sekali. Kuussemangat.
Quote lasagna 24-6-2022 03:52 PM
laksmanabentan replied at 24-6-2022 02:22 PM
ko yang cari masalah... pepandai la cari jalan penyelesaian...

nasib pndai cari jalan nk selesai, kalau tak smp kesudah ler kena pulau. sumber income dia kot nyanyi tu.
Quote Mary_jane 24-6-2022 04:08 PM
Reputs 0
Xila 0

Macam dejavu hokay, rasa dah pernah berdamai dulu. Jangan lupa open table untuk reputs.
Quote Aneem 24-6-2022 04:17 PM
Malu sikit takpe, janji boleh popular semula.
Tp begitu la senario gadoh2 di malaysia.
Dah jenuh gadoh, berpiket, dpt je makan free ok la semula.
Teringat masa kes piket baju kuning.
Beria ok jalan berarak kat tgh2 jalan besau, bila org panggil makan, semua berenti jap perarakan, g makan
Quote laksmanabentan 24-6-2022 04:48 PM
8 tahun tu menunggu....
boleh tahan ego dia kan...
hihihi...

bapak mana bapak???
Quote abadi84 24-6-2022 04:53 PM
Sebab kalah saman..klu menang lain plak lah dialog dia kan. Tp eloklah. Buang yg keruh ambil yg jernih
Quote jalfa 24-6-2022 09:56 PM
Biasalah..sbb tu org panggil roda kehidupan.dulu diatas..skrg dibawah.tpaksa tebalkan kulit muka mohon maaf walopon bukan salah ko sepenuhnya khuen..
Quote Seriouslahh 24-6-2022 11:35 PM
Ooo kes saman tu dia kalah la yek rupanya? Ingt3 lupa pulak kes dia ni
Quote orglama 24-6-2022 11:46 PM
Bapak x join present powerpoint slide ke?
Quote ashilalat 25-6-2022 07:29 AM
Kalah saman ko mintak maaf la. Ego shilalat ni tinggi. Reputz pon rasanya maafkan gitu² je la. Buat syarat. Dalam hati x ingin pon nak berbaik sangat

Apa pon shilalat makin gemok dan makin x lawo.
Quote SeriBunga 25-6-2022 09:19 AM
laksmanabentan replied at 24-6-2022 04:48 PM
8 tahun tu menunggu....
boleh tahan ego dia kan...
hihihi...

pernah terdengar bapaknya kan da berkonflik dgn maknye.. raya ariu tu pun xde je gambo apaknya
Quote Lula2 25-6-2022 09:26 AM
Dalam gambar atas nampak shila ni cantik. Pakai simple2 pun cantik.
I percaya je dia akan kurus semula cuma it takes time la.
Quote Lula2 25-6-2022 09:27 AM
Dan 8 tahun tu dia takdelah sejuk beku terus. Sebab skrg zaman social media, banyak media mainstream so keluar je cerita2 shila.
Quote anony-mous 25-6-2022 09:43 AM
Aku tgk gitu jugak pemikiran ko silalat oi. Mntk maaf pon sbb nk start karier semula
Quote Burong_Hantuk 26-6-2022 08:29 AM
dah ludah jilat balik...bila dah x laku,baru gelabah cari wartawan

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.080543 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top