"Aku 'tetap Allahuakhbar'." Demikian kapsyen pada hantaran di Instagram pengarah filem dan pelakon berbakat Syamsul Yusof.
Syamsul kini dipercayai diboikot suara-suara yang kurang sengang dengannya susulan kontroversi rumah tangganya bersama Puteri Sarah. "Walau segelintir ingin memboikot filem, memboikot saya 'lets cancel syamsul yusof' & iri kejayaan dari Allah SWT," tulisnya.
Syamsul mengingatkan bahawa dia tidak bergantung rezeki pada orang ramai selain Allah SWT. "Tiada yang Lain. Engkaulah tuhanku ya Allah. Maha pemberi rezeki. Aku reda," katanya. Untuk membuktikan orang ramai tidak boleh menyekat rezekinya, Syamsul berkongsi tempahan tiket yang tinggi secara dalam talian di semua panggung. "Setakat ini, panggung memaklumkan Mat Kilau menjadi filem dengan tempahan tiket tertinggi (sebelum showing) mengalahkan filem Hollywood dan filem negara asing," ujarnya.
|
ADVERTISEMENT