CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

15 Jam Suami Hilang, Akhirnya Dijumpai Maut Tersangkut Atas Pokok Kelapa

24-6-2022 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2014| Komen: 8

Description: GUA MUSANG – Kebimbangan isteri terhadap suami yang tidak pulang ke rumah lebih 15 jam terungkai apabila suaminya dijumpai maut dalam keadaan tersangkut di atas pokok kelapa berhampiran rumahnya di F ...
GUA MUSANG – Kebimbangan isteri terhadap suami yang tidak pulang ke rumah lebih 15 jam terungkai apabila suaminya dijumpai maut dalam keadaan tersangkut di atas pokok kelapa berhampiran rumahnya di Felda Aring 1 di sini.


Rohani Ab. Rahman, 45, berkata, berita sedih kehilangan suami, Zaharuddin Ramli, 47, yang merupakan buruh kampung itu diketahui selepas adik iparnya memaklumkan kejadian itu pada pukul 7.30 pagi semalam.

Katanya, dia tidak menyangka pertemuan terakhir dia dan suami pada pukul 4 petang kelmarin merupakan yang terakhir antara mereka.


Foto: Kosmo

“Arwah sempat pulang ke rumah untuk mandi dan makan tengah hari sebelum keluar se­mula untuk memetik buah kelapa.


“Saya berasa tidak sedap hati kerana suami masih tidak pulang meskipun waktu sudah gelap,” katanya.

Rohani berkata, bimbang de­ngan keadaan itu, dia bersama enam anaknya berusia antara lima sehingga 30 tahun keluar dan mencari suaminya di sekitar kampung.

Katanya, sehingga pukul 7.30 pagi semalam, adik iparnya memaklumkan arwah tidak sedarkan diri tersangkut pada tali yang digunakan untuk memanjat dan memetik kelapa.

“Dia sempat memetik kira-kira 15 biji kelapa sebelum dia tersangkut atas pokok itu,” katanya.

Tambah Rohani, suaminya itu ada penyakit kencing manis dan sakit jantung sejak beberapa tahun lalu.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk me­nurunkan jenazah Zaharuddin. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissyMolly 24-6-2022 11:48 AM
Sedehnya. Innalillah.
Gigih carik rezeki
Quote ctkusiam 24-6-2022 12:37 PM
Allahu.. Innalilah kesiannyer..Jumpa tersangkut atas pokok kelapa selepas semalaman keluarga mencari.
Quote jazaa100 24-6-2022 12:39 PM
Anak sulung umor 30thn....
Quote Artemesiaa 24-6-2022 12:48 PM
Takziah buat keluarga mangsa.  Sejak dia menjak ni ramai mati mengejut.
Quote bakingsoda 24-6-2022 01:35 PM
jazaa100 replied at 24-6-2022 12:39 PM
Anak sulung umor 30thn....

mak pak baru 45 dan 47. tapi walaupon kawin awal jenis bertanggungjawab, meninggal pon tgh bekerja
Quote Shazid 24-6-2022 02:39 PM
Allahuakbar!!! sedihnya meninggal tgh cari rezeki
Quote ifanonline 24-6-2022 02:46 PM
berhantu la pokok kelapa tu
Quote CariMalay 24-6-2022 03:49 PM
Dalam artikel kata arwah ada sakit jantung. Mungkin dia kena serangan jantung masa tengah ambil buah kelapa tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049823 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top