Personaliti media sosial yang juga seorang pelakon, Norreen Iman tampil menjawab teguran wargamaya mengenai penampilannya dalam sebuah video TikTok yang didakwa terlalu ketat hingga menampakkan bentuk badannya.
Pemilik nama sebenar, Norreen Iman Abdullah yang berusia 28 tahun itu berkata, dia memakai pakaian itu kerana yakin dengan bentuk badannya serta ingin lari daripada imej atau gaya seperti seorang lelaki.
"Saya tahu silap saya dalam video ini, saya memakai baju yang menampakkan saya ini wanita. Sebab apabila saya bekerja, kebanyakan pakaian saya seperti lelaki. Tipulah kalau saya tak ada rasa insecurities. Keyakinan itu ada tapi insecure pun ada dari segi badan yang besar.
"Jadi, apabila saya bekerja, pakaian saya biasanya blazer, baju lengan panjang, memang macam jantan. Cuma, sejak beberapa hari ni, saya bercakap pada diri sendiri, saya nak tukar penampilan sebab ada yang tegur saya asyik pakai seluar dan blazer je.
"Saya nak Norreen ni gegirl, nak mencuba. SAlah ke nak mencuba jadi gegirl? Mungkin baju tu memang fit kat badan saya tapi masa kerja memang saya pakai jaket dekat perut, tutup punggung," katanya yang mempertahankan penampilannya itu.
Norreen yang pernah membintangi drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu juga memohon agar warga maya tidak sesekali membabitkan suami dan dua anaknya dalam kecaman yang ditulis menerusi ruangan komen.
"Lagi satu, tak perlulah libatkan suami saya dalam hal ini. Suami aku memahami aku. Aku respek dia dan dia respek aku. Aku sayang dia, dia sayang aku, Dia tahu kerja aku macam ni dan aku selalu cakap kat dia boleh tak I pakai baju macam ni.
"Lagi satu pasal anak, satu benda yang saya tak setuju, awak bercakap pasal anak saya. Awak cakap saya tak malu ke dengan anak-anak. Apa maksud awak? Anak saya akan malu dengan saya? Awak nampak saya di media sosial, tidak bermakna saya begitu bersama anak-anak saya. Tapi, diorang tahu mak dia ni gila-gila.
"Saya hargai dan faham apa yang awak sampaikan. Insya-Allah satu hari nanti saya akan berubah menjadi seorang yang lebih baik terutamanya dari segi percakapan dan pemakaian cuma akan ambil masa sikitlah.
"Saya minta maaf kalau jadi terlalu yakin dengan bentuk badan saya," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
dah sedar diri kau tu influencer and public figure, pastu ada hati jadi gegirl cuba2 la amalkan hidup cara sihat. pergi exercise, makan kena jaga. tak kurus pun takpe asal jgn makin membesoorrr..pakai dress tu tak salah, cari la yang longgar2...ni lemak pun susah nak bernapas...aishhh
baju menjerit minta di lepaskn.. kt ofc nie pn ada yg mcmtu.. confident.. masalahnya.. kita tgk yg malu.. yg pkai tu x tgk cermin ker.. hmmm..tp dia nie blakon pandai.. bersahaja jer..
aku ni aagaknya dah terlalu tua nak fhm apa tu influencer la content creator la.
ada sorang pompuan yg ngaku content creator kat tiktok, nak je aku tanya apa content dia yang beri manfaat pada viewer
nestea27 replied at 20-6-2022 01:34 PM
aku ni aagaknya dah terlalu tua nak fhm apa tu influencer la content creator la.
ada sorang pompuan ...
Lol uols skang mmg tiktoker ramai yg ngaju content creator smpai berlambak klo cakap lebih2 nnti dyrg justifykan ape yg dyrg buat ape kegunaan dyrg tuk masa depan