CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihukum Penjara Seminggu, Bekas Isteri S.M Faisal Fail Semakan Kehakiman

15-6-2022 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5672| Komen: 44

KUALA LUMPUR – Bekas isteri ahli perniagaan terkemuka Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadapnya kerana mengubah tarikh lawatan anak-anak untuk bersama bapa mereka.


Emilia Hanafi, 43, selaku pemohon menyatakan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tiada bidang kuasa menjatuhkan hukuman itu kerana beliau menetap di Kajang, Selangor, bukan di Wilayah Persekutuan.

Permohonan bekas isteri Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, itu bagi mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Julai ini di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid.


Foto: Kosmo


Pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates di Mahkamah Tinggi pada 8 Jun lalu.

Ibu tiga anak itu menamakan S.M Faisal, 43, bekas ibu mentuanya Puan Sri Zaleha Ismail, 70, dan lima pihak lain sebagai responden.

Turut dinamakan sebagai responden iaitu Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.

Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes.  Emilia diwakili oleh peguam Nizam Bashir manakala Ummi Kartini Abdul Latiff mewakili S. M Faisal dan Zaleha sementara Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dalam permohonan itu, Emilia menyatakan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hanya mempunyai bidang kuasa mahkamah tempatan yang terhad berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 4 Akta Undang-Undang Keluarga (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Emilia memohon suatu deklarasi bahawa Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar prosiding komital dan menghukum individu yang bukan pemastautin Wilayah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Emilia memohon suatu perintah larangan untuk menahan prosiding komital syariah iaitu permohonan kebenaran mengeluar Notis Tunjuk Sebab (NTS) di Mahkamah Tinggi Syariah yang difailkan oleh S.M Faisal. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nham22 15-6-2022 06:05 PM
Hanya mampu hahahahahahaha saja...
Quote dua_chzy 15-6-2022 06:06 PM
Huih. Tak habis lagi sengketa antara mereka.
Quote takayama 15-6-2022 06:09 PM
alamat dlm ic kt mana?
Klu alamat dlm ic tulis kajang then mmg sahlah mahkamah syariah kl xde jurisdiction tp klu dlm ic mmg alamat kl mmg xde isu kt situ
Cuma penatlah tgk kes diaorg ni, bila nk settle
Quote Artemesiaa 15-6-2022 06:12 PM
Ada sambungan lagi rupanya
Quote ice98 15-6-2022 06:17 PM
zaman kejatuhan keluarga Naza is otw... lagi nak angkuh. ngn bekas isteri, ko layan mcm hanjeng, tp dgn puak sepet ko bagaikan nak menjilat jub**
Quote green~tea 15-6-2022 06:18 PM
alaaa.. meluatnya pulak berita gini tak abes2 lagi.. bitter sbb tak dpt harta ke apa
Quote Normabaru 15-6-2022 06:24 PM
takayama: alamat dlm ic kt mana?Klu alamat dlm ic tulis kajang then mmg sahlah mahkamah syariah kl xde jurisdiction tp klu dlm ic mmg alamat kl mmg xde isu kt s ...

ooo ikut ic ye?ingtkn ikut alamat terkini mne duduk
Quote Normabaru 15-6-2022 06:25 PM
dua_chzy replied at 15-6-2022 08:06 PM
Huih. Tak habis lagi sengketa antara mereka.

br je smlm kaka seru..ini hari dh kua news naza clans hehe
Quote ultra78 15-6-2022 06:26 PM
Sofa merah
Quote Samerosie 15-6-2022 06:40 PM
Hidup lg derang ni.  Bukan last time dia dpt rumah sri hartamas tu ke so agreement ambil anak2 kat sana tp tiap kali bekas laki nk ambil anak di bawa ke kajang then upload story anak2 tunggu tp pak nya x dtg mungkir janji padahal laki tercongok dpn rumah satu lg.  Ke ni kes org lain i mixed up ??
Quote None68 15-6-2022 07:49 PM
Samerosie replied at 15-6-2022 06:40 PM
Hidup lg derang ni.  Bukan last time dia dpt rumah sri hartamas tu ke so agreement ambil anak2 kat s ...

Haah kes yg ni ler...
Quote TOPwind 15-6-2022 07:53 PM

ular sawa kan ke ular tedung
Quote kitmal 15-6-2022 07:55 PM
Naza dan zaman AP kereta hampir over dah..atuk dah tak berdaya lagi nak angkat
Quote Cpkay 16-6-2022 08:50 AM
berapa banyak ek emy ni berhabis kat loyer.. bertukar tukar loyernya..  give up jelah emy..
perangai ex kau tu mmg hangsuang.. let it go jelah.. hidup dengan tenang.
Quote cikatilia 16-6-2022 09:20 AM

masa senaman kat sofa dia pakai spek jugak kan.. yekk
Quote ifanonline 16-6-2022 09:26 AM
Quote jalfa 16-6-2022 09:32 AM
Samerosie replied at 15-6-2022 06:40 PM
Hidup lg derang ni.  Bukan last time dia dpt rumah sri hartamas tu ke so agreement ambil anak2 kat s ...

Kalo perangai gini mmg layak masuk lokap sis...menyusahkan orang.part ko gaduh ngan laki or mak mertua tu lantaklah..tapi part anak nak spend time dgn bapak ko la jadi ulaq belit belit memang mendapatlah
Quote epal_putih 16-6-2022 09:36 AM
kehidupan orang have2
Quote black_handbag 16-6-2022 09:43 AM
tak habis2 lagi kes diorang ni. letgo jelah kalau aku. tp maybe sbb emilia ni biasa hidup senang dah. lama kawin kan. tetiba bercerai kena hidup basic. mesti terkejut dan tak puas hati segala benda. tp dok berlawan dgn org banyak duit ni, kita yang tak berduitla kena bersedia dilanyak

gitu nasihat aku

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.042962 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top