Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berdepan detik hitam apabila dirogol di dalam tandas kereta api. Susulan kejadian itu, seorang remaja ditahan, lapor Metro.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari London ke Dartford, Kent di United Kingdom. Mangsa diserang secara seksual di dalam tandas selepas kereta api berlepas dari Eltham, kira-kira 2.30 petang pada 20 Mei lalu. Polis Pengangkutan British menahan seorang lelaki berusia 19 tahun selepas melancarkan siasatan.
Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan sedang berjalan dan polis meminta saksi kejadian untuk tampll memberi keterangan. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT