CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Tahun Hutang Tak Bayar-Bayar, Wanita Bagi Sampul Kosong Di Majlis Kahwin Kawan, "Anggap Je Dah Lunas"

15-6-2022 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1840| Komen: 11

Seorang wanita nekad memberi sampul ‘kosong’ di majlis perkahwinan rakan yang berhutang dengannya.

DIa juga sempat menyelitkan satu nota ringkas ke dalam sampul tersebut.


Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok itu, Yayah Nurhayati mengakui dia terpaksa berbuat demikian semata-mata mahu menagih hutang berjumlah RM150 daripada rakannya.

Foto: Tiktok


"Maka dengan ini, anggap sahajalah sekarang dengan pemberian kosong di majlis perkahwinan anda, hutang sudah lunas dan selamat berbahagia."

Menurutnya, si pengantin meminjam wang daripadanya pada 2020 dan berjanji akan membayar semula apabila mendapat gaji tetapi sebaliknya berlaku apabila hanya berdiam diri selama dua tahun.



"Maaf ya hanya berikan sampul kosong di majlis perkahwinan anda. Namun jika difikirkan semula, anda berhutang dengan saya sebanyak 500,000 rupiah (RM150) sejak dua tahun lalu.

"Cara ini sebagai pengajaran dan juga peringatan buat mereka yang berhutang untuk membayar apabila sudah mampu. Jika dia boleh mengadakan majlis perkahwinan, pasti dia mempunyai wang untuk membayar hutang saya sebenarnya."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Nurhayati dan ini merupakan salah satu cara paling ‘sesuai’ untuk menagih hutang. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 15-6-2022 04:11 PM
ala kawan aku yang berhutang dr bulan puasa tahun lepas tu dah kawin pulak. kalau belum .. esok nanti dia kawin aku nak buat cam ni jgk. ntah la .. kdg2 tu ada jgk remind dia. dan dia pun cakap terima kasih laaa remind hutang dia tu. takut mati nanti membawak hutang masuk kubur katanya. tapii ... ttp jgk tak bayar. kita nak remind lagi pun sampai naik malu. oh ya .. hutang dia pun lebih sikit dari hutang pengantin ni la.
Quote petpom 15-6-2022 04:24 PM
pittjie replied at 15-6-2022 04:11 PM
ala kawan aku yang berhutang dr bulan puasa tahun lepas tu dah kawin pulak. kalau belum .. esok nant ...

ustaz cakap.. kita dpt pahala bila bagi org pinjam duit.. selama mana dia x bayar hutang, selama tu dpt pahala.. hahahhaa.. x yah halal kan hutang tu,, sok dia mati, tau la dia.. susah bila member suka hutang tp liat nak bayar...
Quote akusukaq 15-6-2022 04:41 PM
Hutang dgn Allah boleh taubat  nasuha mintak ampun.Hutang sesama manusia tergantung roh tak masuk shorga.Sanggup??
Quote prettyuglybabe 15-6-2022 04:46 PM
pergi majlis kawin kena bayar ke?
kalau i, tak hingin nak datang apa lagi nak salam keruk..
Quote Buritan 15-6-2022 04:46 PM
pittjie replied at 15-6-2022 04:11 PM
ala kawan aku yang berhutang dr bulan puasa tahun lepas tu dah kawin pulak. kalau belum .. esok nant ...

Emm kakak aku dah dpt kanser pun tarak mo bayo utang gak... so ko anggap ajolaa kawan ko tuu tak takut siksa kuboke.. tak dpt masuk syurga kee.. benda tak nmpk
Quote krustykrab 15-6-2022 05:21 PM
akusukaq replied at 15-6-2022 04:41 PM
Hutang dgn Allah boleh taubat  nasuha mintak ampun.Hutang sesama manusia tergantung roh tak masuk sh ...

Tp ramai acik2 yg ajar halalkn aje, nt kita pulak yg susah masuk syurga
Quote eizarz 15-6-2022 05:25 PM
krustykrab replied at 15-6-2022 05:21 PM
Tp ramai acik2 yg ajar halalkn aje, nt kita pulak yg susah masuk syurga

makcik mana tu yg ajar..makck bawang ke?????
Quote Artemesiaa 15-6-2022 06:18 PM
Nasiblah kawannya sanggup anggap dah dibayar dengan cara itu.  Kalau orang lain belum tentu mahu.
Quote Acikgomen 15-6-2022 06:24 PM
Artemesiaa replied at 15-6-2022 06:18 PM
Nasiblah kawannya sanggup anggap dah dibayar dengan cara itu.  Kalau orang lain belum tentu mahu.

Kalo acik jadi kawan perantin, haku spam heshe bagi sampul kat perantin, kat adik beradik, kat makpak heshe bagi je lah kat org kuat perantin
Dlm sampul semua letak note utang aku bila nak bayo
Biaq semua sedara mara adik badik tau dia berutang liat nak bayo
Quote makita 15-6-2022 06:51 PM
Bagi meols la..org yg berhutang lepas tu bila ada duit pegi soping2 x igt byr hutang adalah pembuli. Dah baik2 org lain sanggup bantu...tapi jd pengemis duit sendiri.
Quote krustykrab 15-6-2022 07:29 PM
eizarz replied at 15-6-2022 05:25 PM
makcik mana tu yg ajar..makck bawang ke?????

Acik2 bawang kt fb
Ikut ajaran diorg, kita yg x buat salah ni terpaksa tunggu kt pintu syurga je sb nk tunggu org yg bersalah dtg mintak maaf kt kita..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050432 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top