CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Lima Tahun Mati Dibelasah Bapa Tiri, Siap Pakat Dengan Isteri Ajak Pergi Berkelah Untuk Tanam Mayat

15-6-2022 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 905| Komen: 3

Sepasang suami isteri berpura-pura membawa keluarga pergi berkelah bagi menyembunyikan kematian seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

Kanak-kanak malang itu pada mulanya dipukul dengan kejam oleh bapa tirinya, Sergei Bugorkov, 28, sehingga mati.

Bugorkov dikatakan berang selepas berlaku insiden pergaduhan dengan anak tirinya, Vova Pashchenko hingga dia bertindak ganas menumbuk dan menendang kanak-kanak itu berulang kali di kepala dan badannya sebelum ditemui mati keesokan harinya.

Foto: Daily Star

Dia kemudian berpakat dengan isterinya yang juga ibu kandung kanak-kanak tersebut untuk memalsukan kehilangan anak mereka.


Pasangan itu kemudian berpura-pura pergi berkelah dengan tujuan untuk menanam mayat mangsa di kawasan hutan di tebing sungai Kuban di Gidrostroy, Rusia.

Ibu kanak-kanak itu, Alena, 31, membantu suaminya memalsukan kehilangan dengan berkata anaknya, Vova hilang selepas melarikan diri dari perkelahan bagi mengikuti seekor kucing pada kejadian awal Jun.

Menurut seorang pendakwa raya di Krasnodar Krai di selatan Rusia, Bugorkov didapati bersalah atas tuduhan membunuh kanak-kanak terbabit selepas rakaman litar tertutup (CCTV) dikeluarkan menunjukkan dia membawa mayat budak itu.

Video hasil rakaman CCTV menunjukkan bapa tiri itu meninggalkan blok pangsapuri keluarga sambil membawa mayat Vovo dalam beg pakaian sebelum ditemui mati pada 10 Jun.

Pihak polis masih menyiasat kes setelah mengesyaki ibu bapa terbabit terlibat dalam kejadian pembunuhan kejam itu.

Bagaimanapun ibu kanak-kanak itu belum ditahan reman tetapi masih dalam siasatan -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 15-6-2022 03:53 PM
this is oreng putih
Quote Buritan 15-6-2022 03:55 PM
rospinki replied at 15-6-2022 03:53 PM
this is oreng putih

Tak laa.. ini cite mulayu.. tuu berlaku kat kelate
Quote rospinki 15-6-2022 03:57 PM
Buritan replied at 15-6-2022 03:55 PM
Tak laa.. ini cite mulayu.. tuu berlaku kat kelate

hahaha burittt..bukan klate ini oreng putey

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.035398 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top