CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Beri Hantaran Ratusan Ribu, Lelaki Berumur 65 Tahun Ikhlas Nikah Gadis Umur 18 Tahun

20-5-2022 11:51 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1779| Komen: 9|Original author: Cinta Erina

Sumber: Facebook Happy-Wedding Planner


Umur yang berbeza bukanlah satu penghalang untuk pasangan mendirikan rumah tangga. Sebenarnya, ramai individu yang selesa berkahwin dengan pasangan  yang lebih tua kerana pasangan mereka lebih matang dan mempunyai kewangan yang stabil. Sama seperti kisah yang akan diceritakan ini di mana wanita ini berkahwin dengan pasangan yang jarak umur sejauh 47 tahun.

Sumber: Facebook Happy-Wedding Planner


Terbaru ini, tular berita mengenai perkahwinan di antara duda berusia 65 tahun dengan seorang gadis remaja berumur 18 tahun. Pasangan mempelai itu kelihatan bahagia bersama sambil menunjukkan buku nikah mereka apabila selesainya upacara akad nikah. Gambar-gambar majlis perkahwinan mereka juga turut dirakamkan oleh sanak saudara dan tetamu yang hadir.

Sumber: Facebook Happy-Wedding Planner

Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Haji Sondani dan ahli keluarga juga dilihat menaiki bas yang diiringi oleh 1000 orang pengiring ke rumah pengantin perempuan. Haji Sondani yang bekerja sebagai saudagar tanah itu telah  memberikan wang hantaran sebanyak RM150,000, sebuah rumah dan kereta. Pengantin lelaki itu berjanji akan menghantar ke semua ahli keluarga pengantin wanita itu pergi menunaikan Umrah dalam masa terdekat.

Loading FB Post...

Menurut sumber, pengantin perempuan yang bernama Via itu terpaksa berkahwin dengan lelaki itu di atas faktor kemiskinan dan bapanya juga penghidap strok. Maka, anak bongsu itu telah membuat keputusan untuk menikahi seorang duda supaya hidup keluarganya lebih terjamin. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bahagiaselalu 20-5-2022 04:04 PM
siapa tak nak laki kaya raya
Quote jazaa100 20-5-2022 07:11 PM
Kat msia bung cik cik kebung.....
Quote Belibis 21-5-2022 01:46 PM
Sebelah laki kompom la ikhlas...tang pompuannya caner?
Quote missyL 21-5-2022 11:53 PM
Lawa bride tp muka suram je
Tp Indonesia bride after mekap lain gile so kene tgok xde mekap dulu hahah
Quote missyL 21-5-2022 11:54 PM
Belibis replied at 21-5-2022 01:46 PM
Sebelah laki kompom la ikhlas...tang pompuannya caner?

I baru bace terpaksa atas desakan hidup huu
Die je paling lawa kot
Quote ezacbee 22-5-2022 11:50 AM
missyL replied at 21-5-2022 11:54 PM
I baru bace terpaksa atas desakan hidup huu
Die je paling lawa kot

Demi keluarga, berkorban la. Lepas ni jadi tai tai.
Quote missyL 22-5-2022 01:41 PM
ezacbee replied at 22-5-2022 11:50 AM
Demi keluarga, berkorban la. Lepas ni jadi tai tai.

Kan.
Klo nsb bek jadi janda xlama lagi carik laki baru yg muda.
Jahat nye doa aku hahaha
Quote susukambingbest 22-5-2022 03:34 PM
Da agk da cnfirm org kaya. Xdenya pompuan muda hadap nk jantan kecut cam tu mlainkn sbb duit. Kesian pngntin pompuan trpksa brkorban utk fmily.
Quote nakkomenjugak 22-5-2022 05:03 PM
Gitu lerrr pengorbanan anak gadis muda rumajaaa
But you better get that bag, sis

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.047522 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top