CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Seram! Gadis Cantik Diambil Bunian Saat Masih Dalam Rahim Ketika Ibu Sedang Berkelah

20-5-2022 01:49 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2104| Komen: 10|Original author: Cinta Erina

Description: Percaya atau tidak, kisah gangguan bunian seringkali terjadi kepada manusia ketika berada di kawasan hutan. Sememangnya topik berkenaan makhluk halus ini sukar dipercayai, namun baru-baru ini seorang ...
Sumber: Tiktok Dayana Radzuan


Percaya atau tidak, kisah gangguan bunian seringkali terjadi kepada manusia ketika berada di kawasan hutan. Sememangnya topik berkenaan makhluk halus ini sukar dipercayai, namun baru-baru ini seorang gadis bernama Dayana Radzuan tampil berkongsikan kisah berkenaan dirinya yang terjadi semasa tahun 1999 menerusi akaun Tiktok miliknya. 

Menurut gadis ini, ketika itu ibunya sedang mengandungkannya telah pergi berkelah di sebuah kawasan sungai. Walaupun tidak mandi di sungai itu, namun ibunya  tiba-tiba mengadu bahawa perutnya terasa sakit dan telah segera dibawa ke klinik berdekatan. 



Namun menurut doktor, degupan jantung bayi tidak dapat  dikesan. Oleh itu, ibunya telah pergi berjumpa dengan seorang ahli saudara yang lebih 'pakar' dalam perkara ghaib. Ahli saudara ini telah memberitahu ibunya bahawa Dayana telah diambil oleh bunian. 


Gadis ini juga akui bahawa kadang-kala dia boleh melihat benda-benda ghaib seperti makhluk halus. Sewaktu zaman persekolahan, dia pernah memgikut aktiviti perkhemahan. Namun dia tidak sangka bahawa berdekatan kawasan itu terdapat kawasan perkuburan lama. Pada awalnya tiada apa yang berlaku sehinggalah pada lewat malam, gadis ini terpandang ke arah kawasan itu lalu ternampak 'entiti putih'.


Tambahnya lagi, dia juga ternampak makhluk berbungkus ketika dia sedang beratur untuk memasuki khemah. Ketika sedang tidur, Dayana tiba-tiba terasa mahu membuang air kecil. Namun, dia tidak mahu menyusahkan rakan-rakannya yang sedang tidur lalu dia pergi ke tandas bersendirian. Semasa melangkah masuk ke tandas, dia ternampak 'makhluk' sedang bertenggek di atas atap tandas.

Seram betul bila dengar kisah macam ini. Walaupun sukar untuk mempercayai kisah seperti ini, namun makhluk halus memang wujud di kalangan kita. Dayana bukanlah orang pertama yang menceritakan pengalamannya dengan makhluk ghaib, banyak lagi kisah-kisah yang diceritakan oleh orang yang kita. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 20-5-2022 05:12 PM
Mana dia tahu dia diambil bunian sedangkan waktu tu dia masih dlm kandungan?
Quote bakingsoda 20-5-2022 06:09 PM
entah ape yg bunian tak berkenan kat budak ni agaknya sampai dipulangkan semula biasa dengar kena amik je tak penah la kena return. mesti sbb barang order ngan barang sampai tak sama
Quote hareeeesah 21-5-2022 02:16 PM
bakingsoda: entah ape yg bunian tak berken ...


Mcm shopee plak return salah brg ekekke..
Muka dah elok cantik tak yah makeup tebal sgt la dik.
Quote che-cikL 21-5-2022 05:32 PM
Maknya dulu rajin baca Mastika atau Tamar Jalis kut. Ceritalah kat dia, nanti cerita turun ke anak cucu pulak.
Quote ezacbee 21-5-2022 06:18 PM
Pelik2 orang tiktok ni..
Quote anony-mous 22-5-2022 12:44 AM
Sggup mereka-reka cerita demi nk viral
Quote tikusmontok 22-5-2022 07:48 AM
bakingsoda replied at 20-5-2022 06:09 PM
entah ape yg bunian tak berkenan kat budak ni agaknya sampai dipulangkan semula  biasa dengar kena ...

Bonian tu dapat rasa bakalan jadi content toktok kot, tu yg pulang balik..koserr katanya
Quote chinta89 22-5-2022 04:44 PM
x pernah dgr bunian ambik dipulangkan semula..... kalau tiktok ni mcm susah nk oercaya dik, sorry.
Quote chinta89 22-5-2022 04:45 PM
x pernah dgr bunian ambik dipulangkan semula..... kalau tiktok ni mcm susah nk percaya dik, sorry.
Quote nakkomenjugak 22-5-2022 05:01 PM
Takkkk
ko nak viral, viral jeee
tak payah reka2 cerita
muka basic macam ko ni memang kena compete dengan muka2 basic yang lain

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.046816 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top