Penyakit kulit yang dihadapi oleh pendakwah bebas terkenal Datuk Mohd Kazim Elias bukan solekan bagi pengambaran filem.
Seorang jurusolek Fatimah Ishak berkata, beliau melihat sendiri keadaan penyakit yang dihadapi oleh Mohd. Kazim ketika membuat solekan terhadap pendakwah berkenaan untuk filem Zim Zim Ala Kazim. Beliau menjelaskan, solekan yang dilakukan terhadap Mohd. Kazim hanya bagi menambahkan kesan ketara terhadap bonjolan dan luka yang ada pada badan pendakwah berkenaan. Sebelum ini, terdapat netizen yang mempertikaikan penyakit yang dihadapi oleh pendakwah bebas berkenaan.
Menurut mereka, gambar yang dikongsi oleh Mohd. Kazim itu adalah hasil solekan bagi wataknya di dalam filem Zim Zim Ala Kazim terbitan Mawi di bawah produksi Mawi World Entertainment dengan kerjasama AH 77. Filem itu dijangka menemui penonton sempena sambutan Maulidur Rasul. Filem ketiga Mawi itu adalah berdasarkan kisah benar kehidupan Mohd. Kazim yang melalui banyak perkara termasuk ujian hidup memghidap penyakit misteri. Sumber: MalaysiaGazette
|
ADVERTISEMENT