CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Backup Arkib Portal Lihat artikel

Kenapa Pelancong Memilih 'Homestay'?

3-8-2015 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 14259| Komen: 36|Original author: R2D2

Oleh Izzah Abbasy

Jika dahulu hotel merupakan pilihan utama bagi pelancong kerana segala kemudahan tersedia dan biasanya berdekatan dengan bandar serta mudah untuk mendapat pengangkutan awam. Kini, rata-rata pelancong mula beralih arah kepada penginapan berupa homestay mahupun inap desa. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor antaranya;

  • Kos penginapan jauh lebih murah (RM200 hingga RM400)
  • Boleh didiami lebih daripada 5 orang
  • Sebuah homestay mengandungi 2 hingga 3 bilik
  • Kemudahan yang disediakan seperti rumah sendiri
  • Boleh memasak sekaligus menjimatkan wang
  • Ruang letak kereta
  • Bebas melakukan aktiviti
  • Mengenali budaya masyarakat tempatan


Sumber Foto : www.laterooms.com

Sumber Foto : www.maplandia.com

Sumber Foto : www.hotelsbooking24.com

Sumber Foto : www.booking.com


Selain faktor di atas, pelancong yang memilih homestay ini adalah kerana ingin merasai kehidupan masyarakat Malaysia. Ada setengah pelancong yang cuba untuk menginap di inap desa bagi mengelak kehidupan sibuk dan bising di bandar. Bunyi cengkerik pada malam hari pasti membuatkan para pelancong ini merindui sekembalinya mereka ke negara asalnya. Aliran sungai yang tenang dengan air terjun yang mencurah membuatkan mereka tidak akan berganjak sehingga lewat petang. Para pelancong yang merasai air terjun yang sejuk di Malaysia pasti berasa puas setelah seharian berpeluh kerana cuaca di Malaysia sangat panas.


Sumber Foto : relakssminda.blogspot.com

Malahan, pelancong yang bernasib baik akan dijadikan keluarga angkat serta dapat mempelajari budaya masyarakat luar bandar di Malaysia. Oleh kerana homestay ini mendapat sambutan yang tinggi, ramai pemilik homestay cuba mengetengahkan konsep kemelayuan atau tersendiri bagi mencantikkan homestay mereka. Ia merupakan salah satu cara bagi menarik pelancong untuk menginap di situ.

Sumber Foto : malaysiatravelnews.com

Sungguhpun begitu, bagi pelancong yang memilih 'homestay' di tengah kota raya pula, kehidupannya agak berbeza. Biasanya, pelancong yang memilih untuk menginap di bandar ini, mereka inginkan gaya moden dan melawati tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar ibu kota.

Sumber Foto : http://myrumahfafau.blogspot.com/

Jika anda pemilik atau pengusaha 'homestay', kebersihan dan keselesaan amat penting bagi membuat pelancong berpuas hati dengan servis penginapan yang diberikan. Ia juga membawa nama Malaysia apabila yang menginap tersebut merupakan pelancong luar negara. - CARI Infonet
16

Bagus
10

Marah
17

Terkejut
25

Sedih
16

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 2-8-2015 08:20 AM
Kalau dtg 2-3 famili ramai better amik homestay je. Kalau hotel 3 famili dan rm150x3=rm450

Homestay 3 bilik baru rm250-300.
Quote chinta89 2-8-2015 10:23 AM
suke homestay sb luas dan selesa... kalua hotel, bilik xde la luas sgt.. nak ambik suite agak mahal
Quote tebuanharimau 2-8-2015 10:29 AM
Sejak 3 tahun lepas berjinak jinak sewa homestay..  best lagi2 lau jalan ramai2 tak kisah famili atau kawan2   luas..  nak parking senang..  tak risau terbawa makanan berbau ke apa..  cuma pernah dapat flat pprt..  parking susah byk pendatang asing..  kena book awal2..  last2 minit slalu la dpt lokasi ceruk..  unit x brapa elok dsb
Quote zvicmorrow 2-8-2015 01:25 PM
Dengan harga yg sama...........homestay dilengkapi dgn dapur utk memasak............itu lah yg penting
Quote Changa 2-8-2015 01:27 PM
qronaldo7 replied at 2-8-2015 08:20 AM
Kalau dtg 2-3 famili ramai better amik homestay je. Kalau hotel 3 famili dan rm150x3=rm450

Homest ...

jumaat lepas akak cikcur kat melaka dgn kelig akak sewa rumah via airbnb.
dlm RM500 juga la tapi rumah ada 4 bilik, bersih, siap semua mcm hotel, ada towel segala mak nenek.

ok la sebab akak pun pergi 7 orang. selesa.

lokasi pun mmg tengah town, walking distance jah dengan area pelancongan tu semua.
Quote Decaffeinated 2-8-2015 01:55 PM
bagi aku hotel masih pilihan.

sebab hotel punya lokasi memang tepat untuk traveller.

considering apa yang ditawarkan, hotel sebenarnya lebih 'murah' atau at least berbaloi.

Lagi pun masa travel, aku tak perlukan space macam kat rumah. Kalau nak juga dapur, aku akan opt for service apartment.

Homestay bagi aku, last choice lah kot....

Quote akusukaq 2-8-2015 02:06 PM
Decaffeinated replied at 2-8-2015 05:55 AM
bagi aku hotel masih pilihan.

sebab hotel punya lokasi memang tepat untuk traveller.

Aku tak yakin dengan kebersehan towel , selimut  cadar dan pillow case homestay. Homestay bukan pilihanku . Dari segi kebersehan , service dan scurity hotel
lebeh terjamin
Quote Mary_jane 3-8-2015 09:16 AM
Sedihnya aku first time g pulau pangkor & duduk homestay. Dengan aircond macam tak function, dah lah bilik luas, bising plak tu. prefer lagi hotel, aman2 tido baru betul2 rest. Towel pun disediakan, ada water heater, selesa walaupun sempit. Bukan bawak barang satu kabinet pun.

Quote lionsleepin 3-8-2015 09:44 AM
Air bnb ok lah sebab kita boleh komen kalo tak puas hati.

Cuma aku kurang minat homestay yg gitu2. Ada yg ok. Ada yg tak puas hati. Tepuk dada tanya poket.
Quote kak_sue 3-8-2015 09:48 AM
Changa replied at 2-8-2015 01:27 PM
jumaat lepas akak cikcur kat melaka dgn kelig akak sewa rumah via airbnb.
dlm RM500 juga la tapi  ...

Akak suka homestay. almaklum lah kita tak ada kampung. Boleh kasi ctc sis or name of place....sounds interesting. Malacca pun tak jauh dari singapore.


Quote mattzzx 3-8-2015 10:00 AM
patut lah banyak homestay yang di kampung seperti cendawan  tumbuh selepas hujan...
Quote card_reader 3-8-2015 10:22 AM
Homestaynkalo ramai2 ok la, jimat sikit...tapi kalo travel sorang2, prefer hotel gak. Xperlu ruang yg besar, just utk rehat n tido je
Quote Changa 3-8-2015 10:52 AM
kak_sue replied at 3-8-2015 09:48 AM
Akak suka homestay. almaklum lah kita tak ada kampung. Boleh kasi ctc sis or name of place....soun ...

akak stay sini sis.

https://www.airbnb.com.sg/rooms/ ... 8-0e9b-68af770816ae
Quote elle_april 3-8-2015 10:56 AM
homestay ni sesuai untuk family atau travel beramai2. jimat kalau tong2.
Quote zameyla 3-8-2015 11:06 AM
Aku pegi Kelantan, Sewa homestay kat PCB, Berbaloi2 RM250, umah banglo
Share dgn kakak aku...
PArking luas, dalam pagar....

Kalau family aku ja, ok la tidur hotel...
Quote fcl29 3-8-2015 11:06 AM
Changa replied at 3-8-2015 10:52 AM
akak stay sini sis.

https://www.airbnb.com.sg/rooms/1234639?eluid=0&euid=73929f95-f97d-21e8-0e9 ...

perghhh kalo homestay gini mmg syiokkk ar! mmg feel hotel... naisssss!
Quote FOTHER-MUCKER 3-8-2015 11:15 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-8-2015 11:17 AM

Dulu aku ingatkan bnb kat Malaysia sama seperti bnb kat europe. Tertunggu tunggu mana owner bnb sediakan bf..tapi tada pun. Cuma satu je yang kat kota Kinabalu tu servis baik punya. Itu baru betul bnb.
Quote mommymonster82 3-8-2015 11:16 AM
Homestay pilih2 gakla n tengok keadaan.. kalu setkat kami sekeluarga hotel ja..tapi kalu ramai2 ngan adik beradik semua prefer homestay..kalu hotel pon cari suite....tapi susah jugak nak cari so prefer homestay..baru seronok duk ramai2..kalu hotel bilik asing2 xde tempat nak lepak2 lagi....kalu gi homestay me tgk gakla n biasa me bawak cadar sendiri pasang..ada homestay yg letak cadar ntah per2 licin n panas... yg penting bilik ada aircond...toilet ada air panas..n bersih... sbb tu lah kalu gi jalan2 keta ktorg penuh barang... mula2 dulu hb bising..skrg tak dah..dia pon tanya me bawak apa..n ingatkan bawak barang yg biasa kami guna..
Quote harimau76 3-8-2015 11:18 AM
kalau nak jimat utk travel satu family esp yg ada anak kecik, mmg la elok amik homestay.. byk bilik, luas, boleh masak.. tp tgk la kemahuan jugak.. kalau yg nak swimming pool tu, kena la amik hotel atau, resort or service aprtment.. haku kalau travel oversea mmg suka amik homestay Air bnb sbb senang nak masak and space luas di samping murah.. cuma location tu outskirt skit la.. dalam Malaysia suka amik svc apt/resort sbb anak2 nak mandi pool..

Lihat semua komen(36)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.089083 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top