CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6238|Reply: 36

[Tempatan] Trend pelancong beralih kepada penginapan inap desa aka homestay

[Copy link]
Post time 1-8-2015 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Trend penginapan pada masa kini oleh pelancong tempatan atau asing dilihat berdepan perubahan ketara di mana mereka mula beralih kepada penginapan rumah tamu atau inap desa yang mempunyai daya tarikan tersendiri.

Penulis Kewangan dan Pelabur Hartanah, Azizul Azli Ahmad berkata, rumah tamu terus menjadi pilihan sama ada pelancong tempatan atau dari luar negara dan ia juga meliputi lokasi di bandar.

“Antara kelebihan menginap di rumah tamu adalah ia menawarkan kadar sewaan lebih rendah berbanding hotel dengan ruang yang lebih luas.

“Malah, ia juga memberi keselesaan kepada penyewa kerana mereka berasakan seperti berada di rumah sendiri khususnya di lokasi luar bandar seperti kampung dan desa,” katanya.

Menurutnya, mengendalikan rumah tamu adalah satu perniagaan dengan objektif utama menjana keuntungan dan pengendali rumah tamu perlu mengenal pasti tujuan utama ia dilakukan.

“Bagi mencapai matlamat keuntungan sebelum membangunkan rumah tamu, kita harus memiliki matlamat yang jelas, lokasi yang sesuai, sasaran tetamu yang tepat, kaedah pemasaran betul dan bijak, analisis kawasan dan permintaan,” katanya.

Menurutnya, terdapat dua kaedah untuk menjalankan perniagaan rumah tamu iaitu secara kaedah sublet di mana kita boleh menyewa unit kediaman daripada pemilik dan menyewakannya semula pada kadar baru.

“Kaedah ini tidak memerlukan modal tinggi dan ia sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk mengendalikan rumah tamu,” katanya.

Katanya, kaedah kedua adalah dengan membeli dan memiliki unit kediaman serta menjadikannya rumah tamu, namun ia memerlukan kos tinggi dan tidak digalakkan bagi mereka yang tiada pengalaman menguruskan tetamu.

Azizul berkata, kadar sewa bagi satu unit rumah tamu di Malaysia secara purata adalah antara RM120 hingga RM250 bergantung kepada lokasi dan kemudahan yang disediakan oleh pengusaha.

Selain itu, pengusaha rumah tamu menggunakan kaedah harga berdasarkan musim puncak di mana musim cuti sekolah atau perayaan kadar sewa rumah tamu ini dinaikkan antara 20 peratus hingga 30 peratus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2015 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dtg 2-3 famili ramai better amik homestay je. Kalau hotel 3 famili dan rm150x3=rm450

Homestay 3 bilik baru rm250-300.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:23 AM | Show all posts
suke homestay sb luas dan selesa... kalua hotel, bilik xde la luas sgt.. nak ambik suite agak mahal
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak 3 tahun lepas berjinak jinak sewa homestay..  best lagi2 lau jalan ramai2 tak kisah famili atau kawan2   luas..  nak parking senang..  tak risau terbawa makanan berbau ke apa..  cuma pernah dapat flat pprt..  parking susah byk pendatang asing..  kena book awal2..  last2 minit slalu la dpt lokasi ceruk..  unit x brapa elok dsb
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:25 PM | Show all posts
Dengan harga yg sama...........homestay dilengkapi dgn dapur utk memasak............itu lah yg penting
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:27 PM | Show all posts
qronaldo7 replied at 2-8-2015 08:20 AM
Kalau dtg 2-3 famili ramai better amik homestay je. Kalau hotel 3 famili dan rm150x3=rm450

Homest ...

jumaat lepas akak cikcur kat melaka dgn kelig akak sewa rumah via airbnb.
dlm RM500 juga la tapi rumah ada 4 bilik, bersih, siap semua mcm hotel, ada towel segala mak nenek.

ok la sebab akak pun pergi 7 orang. selesa.

lokasi pun mmg tengah town, walking distance jah dengan area pelancongan tu semua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2015 01:55 PM | Show all posts
bagi aku hotel masih pilihan.

sebab hotel punya lokasi memang tepat untuk traveller.

considering apa yang ditawarkan, hotel sebenarnya lebih 'murah' atau at least berbaloi.

Lagi pun masa travel, aku tak perlukan space macam kat rumah. Kalau nak juga dapur, aku akan opt for service apartment.

Homestay bagi aku, last choice lah kot....

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:06 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-8-2015 05:55 AM
bagi aku hotel masih pilihan.

sebab hotel punya lokasi memang tepat untuk traveller.

Aku tak yakin dengan kebersehan towel , selimut  cadar dan pillow case homestay. Homestay bukan pilihanku . Dari segi kebersehan , service dan scurity hotel
lebeh terjamin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya aku first time g pulau pangkor & duduk homestay. Dengan aircond macam tak function, dah lah bilik luas, bising plak tu. prefer lagi hotel, aman2 tido baru betul2 rest. Towel pun disediakan, ada water heater, selesa walaupun sempit. Bukan bawak barang satu kabinet pun.

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Air bnb ok lah sebab kita boleh komen kalo tak puas hati.

Cuma aku kurang minat homestay yg gitu2. Ada yg ok. Ada yg tak puas hati. Tepuk dada tanya poket.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 09:48 AM | Show all posts
Changa replied at 2-8-2015 01:27 PM
jumaat lepas akak cikcur kat melaka dgn kelig akak sewa rumah via airbnb.
dlm RM500 juga la tapi  ...

Akak suka homestay. almaklum lah kita tak ada kampung. Boleh kasi ctc sis or name of place....sounds interesting. Malacca pun tak jauh dari singapore.


Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:00 AM | Show all posts
patut lah banyak homestay yang di kampung seperti cendawan  tumbuh selepas hujan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Homestaynkalo ramai2 ok la, jimat sikit...tapi kalo travel sorang2, prefer hotel gak. Xperlu ruang yg besar, just utk rehat n tido je
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:52 AM | Show all posts
kak_sue replied at 3-8-2015 09:48 AM
Akak suka homestay. almaklum lah kita tak ada kampung. Boleh kasi ctc sis or name of place....soun ...

akak stay sini sis.

https://www.airbnb.com.sg/rooms/ ... 8-0e9b-68af770816ae
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:56 AM | Show all posts
homestay ni sesuai untuk family atau travel beramai2. jimat kalau tong2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 11:06 AM | Show all posts
Aku pegi Kelantan, Sewa homestay kat PCB, Berbaloi2 RM250, umah banglo
Share dgn kakak aku...
PArking luas, dalam pagar....

Kalau family aku ja, ok la tidur hotel...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 11:06 AM | Show all posts
Changa replied at 3-8-2015 10:52 AM
akak stay sini sis.

https://www.airbnb.com.sg/rooms/1234639?eluid=0&euid=73929f95-f97d-21e8-0e9 ...

perghhh kalo homestay gini mmg syiokkk ar! mmg feel hotel... naisssss!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 11:15 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-8-2015 11:17 AM

Dulu aku ingatkan bnb kat Malaysia sama seperti bnb kat europe. Tertunggu tunggu mana owner bnb sediakan bf..tapi tada pun. Cuma satu je yang kat kota Kinabalu tu servis baik punya. Itu baru betul bnb.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Homestay pilih2 gakla n tengok keadaan.. kalu setkat kami sekeluarga hotel ja..tapi kalu ramai2 ngan adik beradik semua prefer homestay..kalu hotel pon cari suite....tapi susah jugak nak cari so prefer homestay..baru seronok duk ramai2..kalu hotel bilik asing2 xde tempat nak lepak2 lagi....kalu gi homestay me tgk gakla n biasa me bawak cadar sendiri pasang..ada homestay yg letak cadar ntah per2 licin n panas... yg penting bilik ada aircond...toilet ada air panas..n bersih... sbb tu lah kalu gi jalan2 keta ktorg penuh barang... mula2 dulu hb bising..skrg tak dah..dia pon tanya me bawak apa..n ingatkan bawak barang yg biasa kami guna..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 11:18 AM | Show all posts
kalau nak jimat utk travel satu family esp yg ada anak kecik, mmg la elok amik homestay.. byk bilik, luas, boleh masak.. tp tgk la kemahuan jugak.. kalau yg nak swimming pool tu, kena la amik hotel atau, resort or service aprtment.. haku kalau travel oversea mmg suka amik homestay Air bnb sbb senang nak masak and space luas di samping murah.. cuma location tu outskirt skit la.. dalam Malaysia suka amik svc apt/resort sbb anak2 nak mandi pool..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.136443 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list