Charleston: Ibu kepada tiga cahaya mata di Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) berdepan detik ngeri apabila hilang dua tangan dan cedera pada tengkorak selepas diserang dua anjing jenis pit bull dan seekor anjing baka German Shepherd.
Kyleen Waltman, 38, sedang berjalan pulang dari rumah teman lelakinya apabila tiga anjing itu menyerangnya di Abbeville County, Waltman tidak sedarkan diri apabila anjing itu menggigitnya sehingga menampakkan tengkoraknya, kelopak mata dan bahagian kolon (usus besar). Nasibnya baik apabila kejadian disedari seorang petani tempatan, Avery Presly, yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.
Presly melepaskan tembakan ke udara menyebabkan tiga anjing yang menyerang Waltman itu lari. Waltman yang mengalami kecederaan serius dalam kejadian 21 Mac lalu itu menghabiskan tujuh minggu untuk menerima rawatan di hospital. Akibat kejadian itu, kedua-dua tangan wanita itu terpaksa dipotong dan dia mengalami kecederaan pada kolon. Tulang bahu juga teralih menyebabkan dia tidak boleh menggunakan tangan tiruan. Doktor tidak dapat membersihkan kulit kepala dan dahinya selama sebulan kerana terpaksa menunggu jangkitan akibat gigitan itu sembuh. Mangsa menjalani puluhan pembedahan dan bercakap dengan bantuan alat khas kerana peti suaranya tidak dapat diselamatkan. Waltman dibenarkan pulang ke rumah pada sambutan Hari Ibu, menurut kakaknya, Amy Wynne. "Ia sesuatu yang sukar tetapi kami sudah cuba untuk membantu dia kembali mendapat kehidupan yang baharu," katanya. Dia juga ada menulis di laman sosial menerusi halaman GoFundMe untuk perbelanjaan perubatan adiknya itu. Susulan kejadian, pemilik anjing berkenaan, Justin Minor, 36, berdepan hukuman atas beberapa kesalahan jenayah. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ifanonline replied at 18-5-2022 09:34 AM
di malaysia sekurang-kurangnya ada warga myanmar dan vietnam yg memakan anjing2 liar dan kucing2 jal ...
Hizert replied at 18-5-2022 09:10 AM
Anjirr jenis bahaya 2 spesis tu, kekosen suka sangat membela. Banyak dah kes, yang makan tuan pon ad ...
plasterhati replied at 18-5-2022 10:40 AM
I pun sokmo duk pikir mcm ni. Tp kalau i cakap kt org, 95% akan marah i balik. Klu ikutkan, drp ca ...
musangbodoh replied at 18-5-2022 02:45 AM
jgnlh hukum ke anjir tu...jgn lh salahkan anjir tu...mgkn ader sbb anjirr tu grg...jgn lh...no no pl ...
ADVERTISEMENT