CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihalau Penduduk Kampung Kerana Bersuami Dua

18-5-2022 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1317| Komen: 4

Description: Seorang wanita dari daerah Cianjur dalam wilayah Jawa Barat dihalau keluar oleh penduduk kampung kerana didakwa mempunyai dua suami, lapor laman berita Suara.com.
Seorang wanita dari daerah Cianjur dalam wilayah Jawa Barat dihalau keluar oleh penduduk kampung kerana didakwa mempunyai dua suami, lapor laman berita Suara.com.


Wanita yang hanya dikenali sebagai NN, 28, itu dihalau keluar bersama keluarganya dari kampung. Rakaman kejadian yang dimuat naik pada akaun Instagram bernama @terangmedia itu kemudiannya menjadi tular di media sosial Indonesia. 

Bukan itu sahaja, penduduk kampung turut bertindak membakar pakaian NN ketika menghalaunya. 


Kredit foto: IG @terangmedia

Menurut ketua kampung, Aep Ibing, perkahwinan wanita itu dengan suami keduanya, UA, diketahui selepas saudara-mara suami pertamanya, TS, berasa curiga.


Tindak-tanduk wanita itu dicurigai kerana sering berada di rumah UA di Desa Babakancaringin, Cianjur.

“Apabila NN keluar dari rumah, saudara-mara suami pertamanya mengikutinya. Sejurus tiba di rumah UA, mereka menyerbu NN,” kata Aep.

Selepas disoal siasat, UA kemudian mengaku mereka sudah berkahwin selama lima bulan. Saudara-mara TS terkejut kerana wanita itu masih bergelar isteri yang sah kepadanya.



Setelah berbincang, NN akhirnya diceraikan oleh suami pertamanya itu.

Penduduk kampung yang mengetahui kejadian tersebut bertindak menghalau NN serta keluarganya. TS juga berasa kecewa dengan kejadian itu kerana mereka sudah berumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan dua anak. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cucutokwan89 18-5-2022 12:02 PM
'hebat' kau kak
Quote plasterhati 18-5-2022 12:30 PM
Tak pelik tak ndon. Agama ape akak tu, blh berlaki dua. Sebab kalau kistian, hindu, islam memang tak boleh. Kalau blh poligami pn islam, tu pn kalau lelaki. Pelik nauuu ye kau kak
Quote Shazzywho 18-5-2022 02:03 PM
Kat taman aku ni pun ada akak indo ni berlaki dua. Kat kampung ada laki, kat malaysia pun ada laki.. dia islam.
Quote whimsicalmusic 19-5-2022 01:05 AM
Umo 15 da kawen? Awal sungguh

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.069815 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top