View: 1588|Reply: 24
|
Hilang Dua Tangan, Peti Suara Rosak, Usus Terburai, Luka Sampai Nampak Tengkorak Bahana Diserang Tiga Anjing
[Copy link]
|
|
Charleston: Ibu kepada tiga cahaya mata di Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) berdepan detik ngeri apabila hilang dua tangan dan cedera pada tengkorak selepas diserang dua anjing jenis pit bull dan seekor anjing baka German Shepherd.
Kyleen Waltman, 38, sedang berjalan pulang dari rumah teman lelakinya apabila tiga anjing itu menyerangnya di Abbeville County,
Waltman tidak sedarkan diri apabila anjing itu menggigitnya sehingga menampakkan tengkoraknya, kelopak mata dan bahagian kolon (usus besar).
 Foto: Agensi
Nasibnya baik apabila kejadian disedari seorang petani tempatan, Avery Presly, yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.
Presly melepaskan tembakan ke udara menyebabkan tiga anjing yang menyerang Waltman itu lari.
Waltman yang mengalami kecederaan serius dalam kejadian 21 Mac lalu itu menghabiskan tujuh minggu untuk menerima rawatan di hospital.
Akibat kejadian itu, kedua-dua tangan wanita itu terpaksa dipotong dan dia mengalami kecederaan pada kolon.
Tulang bahu juga teralih menyebabkan dia tidak boleh menggunakan tangan tiruan.
Doktor tidak dapat membersihkan kulit kepala dan dahinya selama sebulan kerana terpaksa menunggu jangkitan akibat gigitan itu sembuh.
Mangsa menjalani puluhan pembedahan dan bercakap dengan bantuan alat khas kerana peti suaranya tidak dapat diselamatkan.
Waltman dibenarkan pulang ke rumah pada sambutan Hari Ibu, menurut kakaknya, Amy Wynne.
"Ia sesuatu yang sukar tetapi kami sudah cuba untuk membantu dia kembali mendapat kehidupan yang baharu," katanya.
Dia juga ada menulis di laman sosial menerusi halaman GoFundMe untuk perbelanjaan perubatan adiknya itu.
Susulan kejadian, pemilik anjing berkenaan, Justin Minor, 36, berdepan hukuman atas beberapa kesalahan jenayah. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anjing ni mmg bahaya utk dijadikan pet kut |
|
|
|
|
|
|
|
Anjirr jenis bahaya 2 spesis tu, kekosen suka sangat membela. Banyak dah kes, yang makan tuan pon ade kot. Tah la deme... sian yang kena ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah kesiannya.. Moga mangsa diberi kekuatan. |
|
|
|
|
|
|
|
di malaysia sekurang-kurangnya ada warga myanmar dan vietnam yg memakan anjing2 liar dan kucing2 jalanan... |
|
|
|
|
|
|
|
dah mcm kena serang harimau ngeri dia,
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.. Kesiannya. Semoga dia cpt sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 18-5-2022 09:34 AM
di malaysia sekurang-kurangnya ada warga myanmar dan vietnam yg memakan anjing2 liar dan kucing2 jal ...
I pun sokmo duk pikir mcm ni. Tp kalau i cakap kt org, 95% akan marah i balik. Klu ikutkan, drp canta ad dogs terbiar ni jd pembawa penyakit, kotorkan bandar dgn feces and all their waste, baik laa set vietnam makan. Kurang laa sikit demand daging lain ie ayam, ikan, daging semua tu. Sbb dorang dah kenyang makan kucing anjing. Lagipun bukannya dorang makan pets org..
Tp tu lah.. Pendapat semua org tak sama |
|
|
|
|
|
|
|
Hizert replied at 18-5-2022 09:10 AM
Anjirr jenis bahaya 2 spesis tu, kekosen suka sangat membela. Banyak dah kes, yang makan tuan pon ad ...
Tu baru anjerr.. Yg bela ulau pn ramai makan tuan. Byk dah kes pet snake ngap anak2 owner. Tp x serik2 lg, makin ramai plk yg membela natang ni. Kt malaysia pn sama.. Even my friend pn ada yg membela python. Macam dah takde natang lain nk diberi. Baik laaa bela kura2 drp bela natang berlingkar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu...kalau nak sembelih pun, sembelih la anjing dan kucing jalanan yg tiada tuan...kalau nak tambah menu lagi, boleh tangkap tikus dan burung gagak yg semakin bertambah di malaysia...
|
|
|
|
|
|
|
|
jgnlh hukum ke anjir tu...jgn lh salahkan anjir tu...mgkn ader sbb anjirr tu grg...jgn lh...no no pleaseeee.....kesian tauuuu....ohh anjirrrr..... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya dia. moga terus sihat dan kuat |
|
|
|
|
|
|
|
warga vietnam membuat penyediaan masakan kucing asam pedas
 |
|
|
|
|
|
|
|
"Nasibnya baik apabila kejadian disedari seorang petani tempatan, Avery Presly, yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan."
.... nasib memang baik coz masih bernyawa tapi kesian sangat uii menderita dia lepas insiden tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sesetengah kes anjing garang sebab manusia jugak.. So tu yg jadi agresif.
Tapi kalau kes ni kena pulak baka pitbull & german sheperd tu memang jenis yang takleh nak chill2 dah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|