Uyaina Arshad mengakui dia masih selesa dan tidak berdepan masalah untuk memakai kasut tinggi meskipun usia kandungannya sudah memasuki lima bulan.
Jelas wanita berusia 29 tahun itu, dia sedar kemampuannya setakat ini dan akan berhati-hati meskipun dirinya sudah biasa mengenakan kasut jenis itu. “Sebenarnya ramai yang bertanya, kenapa saya masih memakai kasut tinggi sedangkan kandungan saya sudah masuk lima bulan. Saya faham, risau tersadung atau apa. “Tetapi kasut yang saya pakai sekarang ini tidaklah terlalu tinggi. Sekitar satu atau dua inci sahaja. Benar, pada awal mengandung dulu saya masih berani pakai stiletto yang ketinggiannya sehingga empat atau lima (inci).
“Tetapi sekarang tidak sebab saya tahu bahaya dan luar kemampuan saya. Perut pun sudah membesar. Jadi saya kena berhati-hati,” katanya kepada Utusan Malaysia.
|
ADVERTISEMENT