CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beri Nama Wan Khair Amir, Mira Filzah Dah Buka IG Untuk Anak

17-5-2022 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6014| Komen: 56

Description: Selepas tujuh hari melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar mengumumkan nama anak lelaki mereka itu.
Selepas tujuh hari melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar mengumumkan nama anak lelaki mereka itu.

Menerusi Instagram, pasangan ini berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.


Foto: IG

"Hari ini hari ketujuh bersama putera tersayang kami, dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran kami menamakan putera kami Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

"Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).

"Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah," kata pasangan ini pada Isnin.



Bersama hantaran tersebut, Mira dan suami turut berkongsi foto Wan Khair Amir daripada pandangan sisi dan menyertakan akaun Instagram bayi berkenaan.

Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi pada 10 Mei lalu bersamaan 9 Syawal.

Berita gembira itu dikongsi Emir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.



Dalam pada itu, Mira memberitahu dia juga sudah menjalankan ibadah tahnik dan bercukur untuk anak sulung mereka itu.

"Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.

"Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.



"Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” ujarnya.

Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada 3 September 2020. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 17-5-2022 10:52 AM
Mira basic tak takut ke wan khair jadi wan ain grey contohilah jahpamtetek dan bini.... terpaling ibubapa parenting muslim takod ain
Quote Masukkeluar 17-5-2022 10:55 AM
princessmiang replied at 17-5-2022 10:52 AM
Mira basic tak takut ke wan khair jadi wan ain grey  contohilah jahpamtet ...

hahha. rilex je mira basic tayang muka ank. walaupn sipi sipi nmpk, xde la gigih tepek sticker gmbr bunga la, emoji terjeliar lidah la, brung la, arnab la. hahhahh
elok je tgk..org pn happy nk doakan utk ank dia.
nama ank mira best..khair..lembut je dgr. bilal billie who?
Quote ezacbee 17-5-2022 10:57 AM
Nasib baik baby tak tampal sticker..
Quote asudau 17-5-2022 10:59 AM
tak mau kena cerca ngan diba AA la tu
Quote epal_putih 17-5-2022 11:02 AM
haaaaa cerdik kan gini ...
Quote MatDeghem 17-5-2022 11:05 AM
Family ini nampak wangi kalau di banding dgn kapel terpaling. yang itu sangat bangla dengan bungkusan serembah serembeh nya


Quote zuri154 17-5-2022 11:26 AM
Lawa baju biru lembut yg dipakai mira & suami. Ni biru apa?
Quote princessmiang 17-5-2022 11:28 AM
Masukkeluar replied at 17-5-2022 10:55 AM
hahha. rilex je mira basic tayang muka ank. walaupn sipi sipi nmpk, xde la gigih tepek sticker gmb ...

Sedap je dengar...khair...lembut, bermaksud dan klasik... tak perlu nak feeling2 setad setajah tp kelaut
Quote Masukkeluar 17-5-2022 11:31 AM
princessmiang replied at 17-5-2022 11:28 AM
Sedap je dengar...khair...lembut, bermaksud dan klasik... tak perlu nak feeling2 setad setajah tp  ...

mksd pun simple..khair=yg baik.
kan elok tu panggil khair khair simple..bkn mcm puyu siap declare ltk nm billie sbb suruh org senang sbut sepatah je. xperlu pnjg2..acah2 mcm dia je parent terpaling hebat letak nm. tgk mira emir yg xberbungkus, xberketayap 24j pn pndai jgk pilih nama elok utk ank. lol.

Quote naina 17-5-2022 11:32 AM
Maybe ramai dah nasihat dia jangan dok tutup2 eh macam retis terpaling tuuu.hehe
Quote princessmiang 17-5-2022 11:41 AM
Masukkeluar replied at 17-5-2022 11:31 AM
mksd pun simple..khair=yg baik.
kan elok tu panggil khair khair simple..bkn mcm puyu siap declare ...

Nama yg sukar utk dimanipulasi netizen bawang... khair... anak bungkos dan bini dari bilal jadi billie ain grey
Quote orkid_amani 17-5-2022 11:45 AM
Mira sebelum ni pun kena kecam Kiri kanan depan belakang lagi mau tutup2 gambaq baby..silap2 sejuk beku terus dis lepas beranak ni..ramai lagi retis pmpuan yg lagi wwooo boleh take over part Mira as heroine..so Mira xboleh follow nelofa....nelofa kan nak tinggaikan Dunia seni..so xkisah la kontroversi2 ni
Quote hzln 17-5-2022 11:47 AM
princessmiang replied at 17-5-2022 11:41 AM
Nama yg sukar utk dimanipulasi netizen bawang... khair... anak bungkos dan bini dari bilal jadi bi ...

Tambah lagi la nama dia kaka sempena ari raya, billie ain grey 14k skrg ni
Quote winky1 17-5-2022 11:50 AM
MatDeghem replied at 17-5-2022 11:05 AM
Family ini nampak wangi kalau di banding dgn kapel terpaling. yang itu sangat bangla dengan bungkusa ...

SBB forumers dah train and educate not to be terpaling haha...oklah wpun still annoying to me bila pikir masa mrk baru kahwin and all those nonsense you tube... hopefully dah ada anak tak yah lah buat perangai geli geleman for public viewing ..kat kubur lah....mil pun tak yah lah duk sibuk buat ucapan kat anak2 ....btw no sticker n no overfeeding your baby sampai MCM roti ketul2...
Quote princessmiang 17-5-2022 12:05 PM
hzln replied at 17-5-2022 11:47 AM
Tambah lagi la nama dia kaka sempena ari raya, billie ain grey 14k skrg ni

Lupa 14k maaflah auntie lupa billie terpaling duit raya hari tu
Quote ketupatnasi 17-5-2022 12:10 PM
Steady...byk belajar drpd rakan retis lain ni..
Quote tikusmontok 17-5-2022 12:28 PM
Tak sanggup hadap mulut puaka dabel a
Quote She-Ra 17-5-2022 01:22 PM
mau tak senang duduk jahpamtek terpaling dgn berita ini
kang billie ain grey 14k tenggelam
Quote fossil 17-5-2022 02:15 PM
alhamdulillah tiada sticker cookie monster hahahhahaha

bagus mira piljahhh

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.058407 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top