View: 1497|Reply: 9
|
Uyaina Arshad Masih Berani Pakai Kasut Tumit Tinggi Walaupun Kandungan Dah Membesar
[Copy link]
|
|
Uyaina Arshad mengakui dia masih selesa dan tidak berdepan masalah untuk memakai kasut tinggi meskipun usia kandungannya sudah memasuki lima bulan.
Jelas wanita berusia 29 tahun itu, dia sedar kemampuannya setakat ini dan akan berhati-hati meskipun dirinya sudah biasa mengenakan kasut jenis itu.
Foto: IG
“Sebenarnya ramai yang bertanya, kenapa saya masih memakai kasut tinggi sedangkan kandungan saya sudah masuk lima bulan. Saya faham, risau tersadung atau apa.
“Tetapi kasut yang saya pakai sekarang ini tidaklah terlalu tinggi. Sekitar satu atau dua inci sahaja. Benar, pada awal mengandung dulu saya masih berani pakai stiletto yang ketinggiannya sehingga empat atau lima (inci).
“Tetapi sekarang tidak sebab saya tahu bahaya dan luar kemampuan saya. Perut pun sudah membesar. Jadi saya kena berhati-hati,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, pelakon yang mesra disapa Yana ini juga memaklumkan bahawa dia sudah merasakan perbezaan yang cukup ketara pada fizikal memandangkan kandungannya sudah memasuki lima bulan.
Katanya, disebabkan itu, dia perlu melakukan sesuatu untuk menjaga kesihatan dan kecergasan untuk memudahkan urusan bersalin kelak.
“Perut pun sudah ketara. Selama mengandung ini, berat saya sudah bertambah sebanyak lima kilogram.
“Saya sertai kelas atenatal, senaman khusus untuk ibu mengandung. Jenis senaman ini adalah ringan, bagi memudahkan proses bersalin nanti.
“Seminggu dua kali dengan jurulatih. Hari-hari lain saya banyak berjalan. Untuk stamina dan keluarkan peluh. Kadang risau juga. Sebab itu saya kena jaga stamina. Supaya mudah bersalin nanti,” jawabnya. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
you know you konsepnya
as long as ko selesa and doctor pun kata OK
pakai je la ….. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebetulnya doc tak galakkan kita pakai sbb menekan tulang pelvis xbagus utk tumberasan baby.. effect lain naik kaki cepat naik varicose veins & spider veins..benda ni susah nak hilang kalau dah kena sbb kaki kerja kuat tampung berat baby & nak imbang badan pakai high heels.. |
|
|
|
|
|
|
|
satu nak cakap
dia ni gedix sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pakai heels lima inci ke sampi nak pertikaikan sgt dan jadik news?
Setakat heels sikit je tak jadik masalah la. Dia yg empunya badan. |
|
|
|
|
|
|
|
ala.. dia pakai heels 1-2 inch je kot. bukan tinggi mana pon. 1 - 2 inch tu takda level hazardous, pakai long hours pon kaki tak rasa pon sakit kematu. kalau 4-5inch and above tu ye lah supermodel pon boleh terpeleot |
|
|
|
|
|
|
|
Asal ko boleh jalan dalam heels tu cukuplah. Apa aku kisah kalau kau pakai heels 6 inci ke, jatuh ke… tak mengubah apa-apa dalam hidup aku |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun agak x baik, tapi aku nk cakap jgk.
Mmg "gosip" die ni cite pasal peknen je ke skrg? |
|
|
|
|
|
|
| |
|