Dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan selepas sebuah lori merempuh beberapa kereta di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) dekat Subang, Khamis malam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Ahmad Izuddin Mohd Juhari berkata, kemalangan membabitkan 10 kereta itu berlaku pada pukul 11.44 malam Khamis selepas sebuah lori menghala ke Tampin mengalami masalah brek. "Lori itu merempuh kereta yang berada di lorong tengah dan kanan. Kereta-kereta tersebut tidak bergerak berikutan kerja-kerja penyelenggaraan jalan sedang dijalankan di hadapan.
"Dua kanak-kanak berusia lima dan 10 tahun tersepit dalam kenderaan masing-masing, namun berjaya diselamatkan dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). "Kedua-duanya mengalami kecederaan, seorang di bahagian kepala dan seorang lagi di paha," katanya ketika dihubungi. Ahmad Izuddin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pemandu lori bekerjasama dengan polis bagi menjalankan siasatan. -CARI Sumber: mStar/ The Star
|
tungkai replied at 13-5-2022 02:28 PM
Aku tak paham. Kenapa kalau accident camni terus bagi kesimpulan ada masalah brek? Habis tu yg jalan ...
mejaputih replied at 13-5-2022 03:15 PM
Itu la iols pun penah utarakan soalan ni dlm forum tp ntah la setakat ini takde jwpn..masa tu kes ...
mejaputih replied at 13-5-2022 03:15 PM
Itu la iols pun penah utarakan soalan ni dlm forum tp ntah la setakat ini takde jwpn..masa tu kes ...
ADVERTISEMENT