CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Kritikal Makan Serbuk Putih Di Rumah Nenek

13-5-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3163| Komen: 33

Description: ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia setahun dilaporkan kritikal selepas dipercayai termakan racun ketika pulang beraya di rumah neneknya di Taman PKNK di sini.
ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia setahun dilaporkan kritikal selepas dipercayai termakan racun ketika pulang beraya di rumah neneknya di Taman PKNK di sini.


Bayi tersebut, Ku Nur Khayla Ku Muhammad Shukri kini dirawat dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Ibu mangsa, Nur Hidayah Azman, 28, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sibuk mengemas perkakasan rumah ibunya yang akan berpindah sebelum menyedari terdapat satu bekas berisi serbuk putih tanpa sebarang label tertumpah di lantai kira-kira pukul 12.30 tengah hari.


Foto: Utusan

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia kemudian mengambil penyapu untuk menyapu tumpahan tersebut sebelum melihat anak keduanya itu dalam keadaan gelisah dan tidak selesa seperti ingin memuntahkan sesuatu daripada mulutnya.

Katanya, melihat keadaan anaknya itu, suaminya, Ku Muhammad Shukri Ku Bide, 31, mula mengesyaki anak mereka keracunan akibat termakan serbuk putih tersebut dan segera mencuci mulutnya.

“Bagaimanapun ketika mencuci mulutnya, saya dapati tubuh anak saya semakin lemah lantas segera membawanya ke klinik berdekatan namun pihak klinik meminta kami untuk terus bawa dia ke hospital,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, anaknya kemudian ditidurkan oleh pihak hospital susulan keadaan pernafasannya yang tidak stabil dipercayai kesan daripada racun tersebut.

“Kini anak saya masih dirawat di PICU dan pihak kami masih menunggu maklum balas daripada pihak hospital untuk rawatan selanjutnya,” jelasnya.

Hidayah yang merupakan seorang suri rumah dan menetap di Johor bersama suami dan dua anaknya itu berkata, dia langsung tidak menyangka kemeriahan sambutan Syawal pada tahun ini akan bertukar menjadi tragedi dalam sekelip mata.

“Kami sekeluarga pulang ke Kedah pada minggu lalu untuk menyambut hari raya bersama keluarga mentua di Kodiang dan juga keluarga saya di Taman PKNK.

“Sepatutnya kami akan pulang semula ke Johor Sabtu ini, namun sekarang saya pun tak tahu macam mana.

“Kami sekeluarga kini hanya mampu berdoa dan mohon orang ramai juga doakan anak kami semoga dia sembuh dan kembali ke sisi kami dalam keadaan sihat seperti biasa,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 13-5-2022 11:56 AM
adoi neneknya pun simpan barang kat tempat budak senang capai da kenapa??apa kebenda serbuk putih tu batu ke nenek oii??
Quote lasagnaklcc 13-5-2022 12:01 PM
Soda bikarbonat ke?
Quote Decaffeinated 13-5-2022 12:07 PM
Tak salah nak doa. It gives comfort.

Quote MissyMolly 13-5-2022 12:07 PM
Ubat semot ke? Syafakillah adeq
Quote Carcosa 13-5-2022 12:11 PM
Ya Allah... Kesiannya kau dikkk Ya Allah, tolong lah selamat kan adik ni...
Quote Atata 13-5-2022 12:11 PM
Allah... Apa benda tu dia termakan ya Allah hai serammmm T_T Ya Allah kau berilah kesembuhan sepenuhnya utk baby ni
Quote epysha 13-5-2022 12:14 PM
nak tahu apa serbuk putih..tapi crita pasal raya beliau je
Quote Decaffeinated 13-5-2022 12:14 PM
mamajawie replied at 13-5-2022 11:56 AM
adoi neneknya pun simpan barang kat tempat budak senang capai da kenapa??apa kebenda serbuk putih tu ...

rumah nenek tu dah biasa takde budak kecik memang boleh terlepas pandang

musim2 raya ni risiko kejadian2 macam ni biasanya tinggi sebab ni lah

Quote mamajawie 13-5-2022 12:24 PM
Decaffeinated replied at 13-5-2022 12:14 PM
rumah nenek tu dah biasa takde budak kecik memang boleh terlepas pandang

musim2 raya ni risiko ke ...

betul juga tapi cam mak iollss bila kitorang da bgitau nak datang uma besenye dia da awal2 kemas letak mana brang2 bahaya dia letak belah budak susah nk amik..x tau la parents org lain tapi mak iollss jenis cmtu

Quote myakayina 13-5-2022 12:26 PM
Allahuakbar.. ni la yg paling aku takut..benda2 racun klu simpan tak betul kt rumah.. ubat ubatan pun sama..semoga anak ni diberi kesembuhan..
Quote manehnya 13-5-2022 01:59 PM
Tuba ka serbuk tu
Quote Rachel_Green 16-5-2022 03:11 PM
kalau ikut article tu katanya..mak baby tu sibuk mengemas barang2 mak nya yg nak berpindah..rumah kalau nak pindah ni faham2 la..semoga baby cepat sembuh...
Quote Suchi 16-5-2022 04:26 PM
Adoi sian baby, ntah serbuk apa la tu. Kena tanya nenek dia la. Sekali nenek dia pun tak tau or lupa apa benda serbuk tu.
Quote jazaa100 16-5-2022 05:33 PM
Rachel_Green replied at 16-5-2022 03:11 PM
kalau ikut article tu katanya..mak baby tu sibuk mengemas barang2 mak nya yg nak berpindah..rumah ka ...

Takkn kau tak tau.....

Porummer sini suka komen je, bkn fahamkn cite betul².....yg lebih teruk, kekdg tu baca tajuk je terus komen
Quote xAthenax 16-5-2022 05:52 PM
MissyMolly replied at 13-5-2022 12:07 PM
Ubat semot ke? Syafakillah adeq

ubat semut colour cream seakan serbuk roti panko.
Quote any42 16-5-2022 05:53 PM
semoga adik ni sgera smbuh. kesiannya. serbuk ape la yg ditelan
Quote xAthenax 16-5-2022 05:59 PM
mamajawie replied at 13-5-2022 12:24 PM
betul juga tapi cam mak iollss bila kitorang da bgitau nak datang uma besenye dia da awal2 kemas l ...

parents kaka macam tu lah dari dulu
di rumah racun tak masuk, ayah ada store tempat semua barang2 camtu
termasuk chainsaw, pemotong rumput, outboat engine, racun rumpai,  barang2 tajam.
even  minyak tanah dan gasoline semua kat store.
Ada cucu saudara dia pernah keracunan minum minyak tanah,
langsung minyak tanah pun masuk store.
Lain pula di rumah in laws
formic acid. parang, kapak semua bawah meja kat dapur
trauma betul  bawa anak balik
kecik2 dia main kapak kapakan doremon dia
Quote xAthenax 16-5-2022 06:00 PM
semoga cepat sembuh  baby ni, kesian.
Quote MissyMolly 16-5-2022 06:27 PM
xAthenax replied at 16-5-2022 05:52 PM
ubat semut colour cream seakan serbuk roti panko.

Ooowh sbb mak iols letak kat kaki meja makan koh2... tak perasan kaler apa. Mujur cucu2 dah besar2. Semoga sihat dik!

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053972 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top