CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penantian 20 Tahun, Didie Alias Dan Ridzuan Hashim Penuhi Impian Anak-Anak Sambut Raya Bersama

13-5-2022 10:51 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7622| Komen: 37|Original author: Tatod


Walaupun sambutan Aidilfitri sudah beberapa hari berlalu, namun memori lebaran pada tahun ini mungkin adalah yang paling manis buat anak-anak kepada bekas  pasangan suami isteri, Didie Alias dan Ridzuan Hashim.

Menerusi perkongsian anak sulung kepada pasangan pelakon itu, Nur Dhaniyah dan adik-adiknya sudah lama menantikan tibanya saat mereka dapat berkumpul bersama-sama sebagai satu keluarga walaupun ibu bapanya sudah membawa haluan masing-masing.

"Selepas 20 tahun penantian, kakak dan adik dapat beraya dengan satu keluarga. Priceless! Dan kami akan terus mengenang saat ini buat selamanya.



"Terima kasih sebab buat anak-anak gembira. Terima kasih sebab buat semua ini untuk kami. Kami tak minta banyak tapi saat ini yang kami tunggu dari 2002 hingga sampai hari ini.

"Percayalah, mak ayah boleh bercerai tetapi bukan mak ayah dan anak-anak. Jangan putus harapan, jangan putus doa," luahnya di Instagram. 

Selepas Didie dan Ridzuan berpisah pada 2002, Dhaniyah dan adik-adiknya terpaksa menyambut hari raya puasa secara bergilir-gilir sama ada dengan ibu dahulu atau pun ayah

Kata Dhaniyah, mereka tidak dapat lari daripada pandangan masyarakat yang menganggap anak-anak yang membesar dalam situasi ibu bapa bercerai akan terabai dan kekurangan kasih sayang.


Pun begitu, Dhaniyah dan adik-adiknya sama sekali tidak merasakan perkara itu. Mereka tetap keluarga walaupun tidak lagi bersama.

"Impian semua anak-anak dari broken family untuk satukan mak dan ayah. Mungkin nampak broken family untuk semua tapi bagi kami love dan care dari mommy dan ayah dua-dua kami dapat walaupun mereka tidak lagi bersama.

"Walaupun stigma orang tentang broken family ni kata anak-anak terabailah, anak-anak memberontak, anak-anak tak cukup kasih sayang. Ia mungkin broken bagi yang lain tapi tidak pada kami. 


"Terima kasih pada mommy, ayah, daddy sebab selalu ingatkan kami tanggungjawab pada mummy dan ayah. Tidak pernah sekali pun kami rasa dari broken family. Kita masih family cuma tidak bersama sahaja," tulisnya.

Hasil perkahwinan Didie dan Ridzuan, mereka dikurniakan lima orang anak iaitu Dhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.

Didie berkahwin buat kali kedua dengan Norisham Ismail pada Mei 2009. -CARI







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 13-5-2022 11:14 AM
Dah tua dah nak mampos baru reti nak berbaik dgn anak2,dulu masa kau tinggalkan anak2 kau satu sen haram nafkah pon kau tak peduli kan dorang..ni sekor lagi si ac tinted tu..tgklah nnt dah tua dah nak mampos baru terhegeh cari anak2 yg ditinggalkan dulu.
Quote kiah_mai_pulak 13-5-2022 11:17 AM
berbeza didikan didie anak2 dgn kak km anak2 .. jaaaauhhhh beza
Quote ezacbee 13-5-2022 11:22 AM
Anak2 yg gigih utk berkumpul sekeluarga. Buang yg keruh amik yg jernih.

Sepatutnya AC kena ikut camni berkumpul anak beranak. Baru aman hidup, dunia akhirat.
Quote Pak.dolla 13-5-2022 11:24 AM
Edited by Pak.dolla at 13-5-2022 03:43 AM
dejure replied at 13-5-2022 03:14 AM
Dah tua dah nak mampos baru reti nak berbaik dgn anak2,dulu masa kau tinggalkan anak2 kau satu sen h ...


Ridwan hashim ni family kaya kat ulu langat tu kan?
Ms aku kecik² dulu selalu nmpk acik didi ni dgn ex dia ni dekat bangsar park
Quote Nenasketum 13-5-2022 11:25 AM
Apaknya masih berparti dengan pucuk muda kah?
Quote dejure 13-5-2022 11:41 AM
Nenasketum replied at 13-5-2022 11:25 AM
Apaknya masih berparti dengan pucuk muda kah?

Masih terbayang lg kote dia yg berurat tu.eeee geli tgk..mcm kote fizi hot fm.berurat-urat.
Quote sleepandream 13-5-2022 11:54 AM
didie alias ni pon dah lama bercucu kan...
mesti jenis makcik2 sporting mulut byk
Quote mamajawie 13-5-2022 12:00 PM
dejure replied at 13-5-2022 11:14 AM
Dah tua dah nak mampos baru reti nak berbaik dgn anak2,dulu masa kau tinggalkan anak2 kau satu sen h ...

tau takpe..nasib la anak2 si didie gaga jaga at least jadi manusia berakal la nak gak datang jumpa biological dad dorang walaupun kena tinggal terkontang-kanting dulu..tok gelang da bleh berdoa semoga anak2 S x jadi pendendam kalau x sampai ke tok gelang mampos pun dorang x nak tengok kubur.

Quote mamajawie 13-5-2022 12:00 PM
dejure replied at 13-5-2022 11:41 AM
Masih terbayang lg kote dia yg berurat tu.eeee geli tgk..mcm kote fizi hot fm.berurat-urat.

mana chuollss tengok gambar leak tu?

Quote kucingitam 13-5-2022 12:05 PM
pape pun..king still ensem walaupun dah tua..
Quote anony-mous 13-5-2022 12:38 PM
Nmpk herlok ank2 depa mcm xpercaya perangai bapak gatal hodoh mcm tu
Quote dejure 13-5-2022 12:42 PM
mamajawie replied at 13-5-2022 12:00 PM
mana chuollss tengok gambar leak tu?

Dulu kat twitter bersepah,now dah takde kot.geli lah mcm ada cacing..
Quote winky1 13-5-2022 12:45 PM
ezacbee replied at 13-5-2022 11:22 AM
Anak2 yg gigih utk berkumpul sekeluarga. Buang yg keruh amik yg jernih.

Sepatutnya AC  ...

Who knows maybe one day AC akn berbaik balik

..doa je lah.  Kita pun tak tahu yg sebenar sampai MCM tu.
Quote jihyomelly 13-5-2022 01:12 PM
helok anak2 even from a broken family..walaupun acik didi tu huhahuha tapi pandai jaga anak..xde pulak dgr yg tak baik pasal anak2 acik didi so far clean bagus acik didi
Quote SpyLeman 13-5-2022 01:16 PM
Dulu apaknya mendonia, skrg dah bertaubat
Quote Suchi 13-5-2022 01:20 PM
Tak sangka berkaca mata iols baca, ketakutan semua anak2 adalah perpisahan mak ayah.

Ada anak2 langsung tak berpeluang nak bergambar cuma dgn mak ayah dan adik badik kandung seibu sebapa dia je.
Terpaksa pendam perasaan sbb nak kena jaga hati bapa/mak tiri.
Jadi kena gak angkut semua orang dlm satu frame.
Nak bergambar bertiga je dgn mak ayah pun lum tentu dapat.
Lelagi yg bercerai masa dlm kandungan lagi tu, tak penah sekali pun ada kenangan bergolek atas katil bertiga je dgn mak ayah.
Quote ariellin 13-5-2022 01:24 PM
tp anak2 dorang tak selawa mcm didie masa zaman kanta serigala
Quote tomiko_haza 13-5-2022 03:38 PM
sis penah jmpa didie ni dulu...tgh makan kt area bangsar dgn anak2 dia ni, semua kecik2 renik lagi masatu. dan masa tu didie pakaian daring lagi, ranggi je. tp wlpon gitu nampak la anak2 dia terjaga. biasala bukan senang nk handle anak kecik2 sorang2. Tapi hrni tgk anak2 dia nmpk elok la tkde la gosip bukan2..good job didie gaga.
Quote genUmi 13-5-2022 05:22 PM
bagus didie ni,

akku rasa macam x pernah baca dia mengata ex dia, betui kan?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.167058 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top