Aisar Khaled membuat cabarannya meminta orang ramai mencari duit raya bernilai RM1,000 yang diletakkan di sebuah lokasi tersembunyi rupa-rupanya hanya gimik.
Perkara itu dibongkarkan netizen yang mendedahkan individu berjaya mendapat duit raya tersebut adalah saudaranya sendiri. Menerusi hasil penyiasatan sebuah akaun @tehais, Aisar pernah bergambar dengan individu yang dikenali sebagai Syakir itu pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017. Oleh yang demikian ramai yang beranggapan, YouTuber tersebut sudah berpakat dengan saudaranya itu bagi menghasilkan 'content' terbabit.
"Aisar buat kerja tak clean. Mungkin Aisar nak bagi duit raya dekat cousin dia. Kita husnuzon okey geng! "Dah kantoi saudara sendiri yang ambil. Baik sedekah dekat anak yatim dapat fadhilatnya. "Kesian orang datang cari duit tu tak jumpa, rupanya dah bagi dekat saudara sendiri" ujar beberapa netizen.
|
kotakominami replied at 11-5-2022 06:20 PM
Aku tak salahkan hanat nih.....yg bodo tu org ramai yg kena tipu tuh...takde bende free kt dunia ni ...
ADVERTISEMENT