CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tayangan Perdana Tiga Janda Melawan Dunia, Penulis Skrip Tak Dijemput?

11-5-2022 06:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3196| Komen: 14|Original author: Tatod

Description: Semalam, berlangsungnya tayangan perdana filem Tiga Janda Melawan Dunia yang diterbitkan hasil kerjasama lima syarikat iaitu Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinema, Astro ...

Semalam, berlangsungnya tayangan perdana filem Tiga Janda Melawan Dunia yang diterbitkan hasil kerjasama lima syarikat iaitu Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinema, Astro dan Six Fun Media.

Karya itu adalah filem pertama arahan Hyrul Anuar dan ia bakal ditayangkan di panggung wayang tidak lama lagi. Manakala skrip filem berkenaan pula ditulis bersama Nazri Vovinski. 

Bagaimanapun, Nazri menerusi ciapan di Twitter mendedahkan dia tidak menerima sebarang jemputan mahu pun makluman mengenai majlis tayangan filem tersebut. Dia hanya mengetahui mengenai acara berkenaan selepas namanya ditag oleh seseorang di Facebook.



"Walaupun rasa gundah tak dijemput, aku tumpang gembira baca review pertama yang ditag di FB aku. Harap produksi lain jangan lepas pandang, kasihan penulis skrip dah buat kerja, hasilnya pula sedap tapi dilupakan," tulisnya.

Terselit rasa sedih kerana tidak dapat menghadiri tayangan perdana filem tersebut, Nazri bagaimanapun dengan rasa senang hati masih mempromosikan filem berkenaan dan mengajak orang ramai untuk menonton karya arahan Hyrul itu.

Dia turut memuji kebolehan Hyrul dan percaya dia mempunyai masa depan cerah sebagai pengarah hebat sama seperti Allahyarham Mamat Khalid.


"Hyrul Anuar, pengarah filem ini ada masa depan cerah. Satu baka dengan Mamat Khalid. Ini kerja yang aku enjoy nak promote suruh korang tengok. Jadi, bila keluar wayang 19 haribulan nanti, korang tengok la. Kecewa korang tak tengok lagi sedih dari tak dijemput ke premiere.

"Enjoy bekerja dengan Hyrul. Sedih gak la tak dapat tengok reaksi fresh dari kawan-kawan scene," katanya.

Tiga Janda Melawan Dunia memaparkan kisah tiga janda iaitu Midah, Rohayu dan Ani yang merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini. Apabila Aiman mengumumkan persaraannya dan bakal mengadakan konsert terakhir, ketiga-tiga sahabat baik itu berusaha mengumpul wang untuk membeli tiket konsert tersebut. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-5-2022 03:52 AM
Laku ke oi
Quote auntyonion 12-5-2022 04:14 AM
Ada mak km..next jelahh
Quote Rachel_Green 12-5-2022 07:39 AM
jujur pelakon2 tu iolls suka semua lakonan mereka..nak gi tengok la...
Quote Rachel_Green 12-5-2022 07:40 AM
jujur pelakon2 tu iolls suka semua lakonan mereka..nak gi tengok la...
Quote Nenolen 12-5-2022 07:59 AM
nmpk mcm best jer...rasa mcm nak pi tgk jugak...
Quote tahanie 12-5-2022 08:14 AM
Memang pelakon bagus tapi boleh jual ke?
Quote mizruncing 12-5-2022 09:52 AM
hurmm nape ade normah tu
Quote ketambangkang 12-5-2022 10:13 AM
sesuai lagi ke zmn ni NH jadi hero..next je lah
Quote Suchi 12-5-2022 10:22 AM
Trailer dia menarik, shooting pun kat rumah yg arwah mamat khalid penah guna.

Bab laku tak laku tak pasti laaa
Quote mamajawie 12-5-2022 10:23 AM
gelinyee tgok tajuk n pelakon2 dia ni
Quote forex 12-5-2022 10:42 AM
saya yg mcm kuda tu?
Quote Nenasketum 12-5-2022 11:33 AM
Aku turn off kalau Normah Damanhuri, dengan mulut hangsuang nya. Dia ni stock2 reject zaman arwah pak aku, pandang pun takkan sebab orang dulu2 suka benda yang indah bukan benda broken luar dalam.
Quote MatDeghem 22-6-2022 07:40 AM
Tunggu raya taun depan je lah ....
Quote BellaThePrinces 22-6-2022 09:26 AM
tbaca di ig norman hakim dlm mengenang pemergian adibah noor, ada diperkenalkan pelakon fasa pertama filem ni...antaranya adibah noor, fasha sandha, marlia musa and mawar rashid.

maknanya raja azura and makcik nomah bukanlah pilihan pertama tp .tp....sy dh tonton pilem ni...hokay lah...x sempat nk ngantuk tp sempat balas2 komen kat fb and skrol segala berita...ha..ha...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.048242 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top