View: 3951|Reply: 35
|
Aisar Khaled Kantoi- Buat Cabaran Cari Duit Raya RM1,000 Tersembunyi, Saudara Sendiri Yang Dapat
[Copy link]
|
|
Aisar Khaled membuat cabarannya meminta orang ramai mencari duit raya bernilai RM1,000 yang diletakkan di sebuah lokasi tersembunyi rupa-rupanya hanya gimik.
Perkara itu dibongkarkan netizen yang mendedahkan individu berjaya mendapat duit raya tersebut adalah saudaranya sendiri.
Foto: IG
Menerusi hasil penyiasatan sebuah akaun @tehais, Aisar pernah bergambar dengan individu yang dikenali sebagai Syakir itu pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.
Oleh yang demikian ramai yang beranggapan, YouTuber tersebut sudah berpakat dengan saudaranya itu bagi menghasilkan 'content' terbabit.
"Aisar buat kerja tak clean. Mungkin Aisar nak bagi duit raya dekat cousin dia. Kita husnuzon okey geng!
"Dah kantoi saudara sendiri yang ambil. Baik sedekah dekat anak yatim dapat fadhilatnya.
"Kesian orang datang cari duit tu tak jumpa, rupanya dah bagi dekat saudara sendiri" ujar beberapa netizen.
Aisar sering mencetuskan kemarahan netizen dengan 'content' yang dilakukannya.
Pada Rabu, Aisar memuat naik video di TikTok yang menunjukkan duit raya bernilai RM1,000 diletakkan di kawasan tersorok di Terengganu dengan meminta orang ramai datang mengambilnya.
"Di tangan Aisar ada RM1,000. Aisar letak duit satu tempat. Awak jumpa tag Aisar tau, Aisar kongsi duit raya RM1,000 ni," ujarnya.
Kemudian seorang lelaki bernama Syakir mengucapkan terima kasih kerana sudah menjumpai duit tersebut dan mahu menggunakannya untuk menampung pengajian.
Sehingga kini video yang dimuat naik pada petang Rabu itu kini sudah mencecah 1.8 juta tontonan di TikTok miliknya.
Untuk rekod, Aisar sebelum ini pernah dikecam beberapa kali termasuk merakam video di kubur Allahyarham Siti Sarah tanpa mengambil kira sensitiviti ahli keluarga demi kandungan siaran YouTube miliknya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Missqueen acah² kaya, 1k pun xmampu nak bagi free tapi NAK juga buat LOL |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak salahkan hanat nih.....yg bodo tu org ramai yg kena tipu tuh...takde bende free kt dunia ni bhai....ko nak duit raye g mintak ngan iqbal 70k |
|
|
|
|
|
|
|
Bnda cmni mmg sllu family sndri yg mnang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tah pape la ramai budak2 polo budak senget nih |
|
|
|
|
|
|
|
Die ni autism ke? Ak xbrape tau sgt die ni. Prnh dgr die viral psl solat n kubor sarah je yg ak ingt. Ak xtau kje ape budak autism ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Lebar betol mulut aisar. Penumbuk pun bole masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni aku ingat dia ni abg asad motawh hahaha. Tgk gmbr raya tu baru sedar aku salah |
|
|
|
|
|
|
|
Dari mana datangnya budak nehh |
|
|
|
|
|
|
|
balik2 cerita bdk terencat akal ni |
|
|
|
|
|
|
|
kotakominami replied at 11-5-2022 06:20 PM
Aku tak salahkan hanat nih.....yg bodo tu org ramai yg kena tipu tuh...takde bende free kt dunia ni ...
Yg kena tipu bbnu. Sian juga bbnu tu semua naif je kena tipu |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan Aisar je pun ramai dah kalah. Belum Dajjal lagi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Galak lah semua nk buat content.... Jauhlanlah aku fllow org2 gini |
|
|
|
|
|
|
|
cuba buat perangai elok elok boleh jadi setaraf henry golding..tapiii perangai tak elok terkinja la buat dia jadi femesss. |
|
|
|
|
|
|
|
So??? Walaupun buat content bodoh2...Tetapla si esar kalit nih mencanak naik follower dia sbb yg follow dia pun budak2...hanya org dewasa je boleh berfikir mamat nih lapar like .. budak2 apa tau |
|
|
|
|
|
|
|
monyet belimbing ni nk attention je
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia kalau tak senyum, ada la gaya model, dgn tinggi lampai. Bila dia senyum alahai, budak ni sakit ke? Ckp pun senyum. Senyum selalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah bodoh kan. Berterusan jadi bodoh. Bila duit haram jadi darah daging, mengalir terus kebodohan tu non-stop! |
|
|
|
|
|
|
| |
|