Oleh Adib Za Risau tahap kesuburan dan prestasi di ranjang tidak memuaskan?
(Sumber foto: Top-magazine)
Bagi kaum lelaki, jangan risau, amalkanlah pemakanan sihat kerana ia turut membantu prestasi anda bersama pasangan.
Cara paling mudah ialah mengambil makanan tambahan, namun bukan dalam bentuk pil atau kapsul. Ambillah buah delima.
(Sumber foto: easier)
Buah delima sama ada dalam bentuk segar atau jus sangat baik untuk lelaki kerana mengandungi anti-oksidan yang tinggi sekaligus menjaga kualiti sperma. Ia juga mengandungi banyak nutrien dan zat seperti serat, vitamin C, pottasium dan sebagainya.
Perokok lazimnya berisiko terkena penyakit mati pucuk dan juga lemah tenaga batin. Namun, dengan pengambilan jus delima secara konsisten, ia mampu meningkatkan tenaga dalaman dan menjadikan anda semakin aktif.
Menariknya, delima juga dikatakan mampu melawan sel kanser terutamanya prostat kanser yang terkenal di kalangan lelaki.
(Sumber foto: drfurhman)
Banyak lagi kelebihan yang dimiliki dengan mengambil jus delima ini. Apa kata anda mencubanya hari ini? - CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|