CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali Tanda-Tanda Lelaki Sedang Merajuk

3-8-2015 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8933| Komen: 24

Description: Lelaki kebiasaannya digambarkan sebagai makhluk yang kuat, gagah dan bersifat pelindung. Tidak seperti wanita yang bersifat lemah lembut, hati cepat terusik dan mudah terluka....

Oleh : Dean BZ


Sumber foto : www.comicvine.com


Lelaki kebiasaannya digambarkan sebagai makhluk yang kuat, gagah dan bersifat pelindung. Tidak seperti wanita yang bersifat lemah lembut, hati cepat terusik dan mudah terluka.

Kaum lelaki juga memang sukar difahami. Tidak dinafikan macam-macam ragam yang menyukarkan seorang perempuan memahami kaum Adam ini.

Namun perlu diketahui, lelaki juga merupakan manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Mungkin sukar untuk mengenalpasti seseorang lelaki sedang merajuk akibat tersinggung dengan perbuatan anda. Disini terdapat tip-tip yang dikongsikan oleh emalaysiannews.com, mungkin dapat membantu anda untuk mengetahui yang sebenarnya si dia sedang merajuk dengan anda.

Sumber foto : vindieselpics.tumblr.com

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun

Jika terdapat salah satu tanda-tanda diatas, anda pasti tahu apa yang perlu dibuat agar si dia tidak terusan merajuk dengan anda. - CARI Infonet.


4

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
14

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 1-8-2015 01:54 PM
Hisap rokok??????  
Quote AbukRokok 1-8-2015 01:54 PM
hari hari aku merajuk
Quote sue_0684 1-8-2015 07:35 PM
AbukRokok replied at 1-8-2015 01:54 PM
hari hari aku merajuk

bang abuk merajuk dgn sapa hari2?

bughuk benor laki merajuk..hekhek
Quote jelitaqasyah 3-8-2015 04:55 PM
buat xtahu + matikan telefon bimbit??? bang oii jgn mcm2..
sakit plak ati kiter nih..
Quote aduh2sayang 3-8-2015 06:01 PM
kesah dia nak merajok ke apa ke.hihi
Quote yanaghazali 3-8-2015 06:35 PM
laki aku slalu majok...tp koser aku nk pujuk
Quote MeetJoeFly 4-8-2015 02:29 PM
jangan kate laki takde perasaan ....
Quote cik_tonggek 4-8-2015 04:56 PM
MeetJoeFly replied at 4-8-2015 10:29 AM
jangan kate laki takde perasaan ....

hai joe dah balik ke blom

Quote cik_tonggek 4-8-2015 04:58 PM
part yg bebai takmo makan tuh, mmg besa dah buat
ajaklah anak2 duduk keliling dia, lepas tu suapkan anak2 nasik
anak yg dah beso pun takpe
suap je, sambil komen2 pasal lauk sedap ke tak ayam masak kicap ni
lepas tu tgk, ada tak mulut yg bermisai nganga mintak suap
Quote senahitam 5-8-2015 09:17 AM
ingat dlu abah aku pnah majuk ngan mak sbb abg aku bawak kete dia x gtau...tiba2 nk kuar tgk kete xde. marahkan anak tp merajuk ngan bini. dia g tdo umah sepupu dia pastu x balik2. yg mak aku ni punya la isau sbb x pnah2 dia merajuk cmtu. tp seb baik la mak aku tepon sepupu abah aku tu..maka kantoi la dia ada kat situ. mak aku pujuk2 pastu dia balik. dlm 2 bulan pastu abah aku meninggal..rupanya tu salah satu petanda..tetiba dia buang tebiat...huhuhu.. semoga abah tenang di sana.
Quote senahitam 5-8-2015 09:18 AM
cik_tonggek replied at 4-8-2015 04:58 PM
part yg bebai takmo makan tuh, mmg besa dah buat
ajaklah anak2 duduk keliling dia, lepas tu suapkan ...

kelllaasss style memujuk kak tonggek ye....hehehe. boleh try ni
Quote mattzzx 5-8-2015 12:28 PM
bukan merajuk cuma nak dapat perhatian sajee.........
Quote LuqmanHakim3103 5-8-2015 10:05 PM
Hahahaha.. Kelako tul org pompuan punye komen... Time dia merajuk, mak ai.. Tak boleh selagi x dapat.. Time laki merajuk ade ke jawab 'koser aku nak pujuk'.. Nampak tak permainan dia?
Quote samperit 6-8-2015 03:39 PM
suma tu aku buat bila merajuk kecuali tang hisap rokok..means aku lelaki ke caner ni?
Quote MeetJoeFly 7-8-2015 10:37 AM

hye kak dah balik =)
Quote Ipo 7-8-2015 11:13 AM
suka tengok lelaki merajuk..


Quote cik_tonggek 7-8-2015 12:17 PM
senahitam replied at 5-8-2015 05:18 AM
kelllaasss style memujuk kak tonggek ye....hehehe. boleh try ni

hihi toksah la cakap koser2 nak pujuk somi semua
perasaan ego ni bukan boleh bawak mati pun
kasih sayang sesama somi isteri tu hah iye boleh bawak masuk kubur sbb dpt pahala
sekian setajah jadian berskala
Quote itew 7-8-2015 03:57 PM
sendiri majuk sendiri pujuk rilek ja
Quote Dewa19XKangen 8-8-2015 11:39 AM
laki merajuk lagi bagus dari laki naik tangan terajang buh muka ang.. patut bersyukur la.. dulu aku suka maki hamun.. laa lebih amik pendekatan diam dan bawa diri.. malas nak guna anger lg.. anger simpan kat perompak masuk rumah.. aku nak katok kaki bagi patah dua dua belah.. sambil katok sambil teringat kenangan cinta lalu..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.060255 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top