Baru-baru ini ada hantaran tular di media sosial Facebook yang menceritakan 39 pengawal keselamatan di Zon Port Dickson 2, Negeri Sembilan dikatakan mahu menuntut gaji mereka yang tertunggak dari majikan mereka. Petikan dari Majoriti, pengguna yang bernama Khairol Aizeiq Nazarol yang mendakwa syarikat berkenaan tidak membayar gaji pekerja pengawal keselamatan selama 3 bulan bermula dari Januari, Februari dan Mac, majikan itu juga gagal mencarum duit KWSP selama 18 bulan. Difahamkan, Khairol yang mendapat memo yang dikeluarkan oleh syarikat majikan yang berkata pembayaran gaji tertunggak itu akan diselesaikan dalam tempoh masa dua minggu daripada tarikh perbincangan bersama para pekerja pada 7 april lalu, tetapi masih tiada sebarang bayaran dilakukan ataupun menjawab panggilan telefon dari pekerja sendiri. Loading FB Post... Justeru, Khairol berharap perkara ini menjadi tular di media sosial supaya syarikat itu membayar gaji mereka. -CARI |
ADVERTISEMENT