Belum reda rasa meluat dan jengkel orang ramai terhadap peguam bela pengasas Rumah Bonda Siti Bainun, muncul pula individu mendakwa dirinya kakak kepada peguam Hafidzah Hassan, Nurul Hayati Hassan.
Tidak tahan melihat peguam itu berterusan dihujani kritikan dan kecaman, Hayati tampil membela adiknya di Facebook. Dia juga menegaskan bahawa kenyataan saksi berhubung mangsa dera, remaja OKU Bella 'berbelit' selain disifatkan sebagai mereka cerita. "Kenapa semua ini tak di beritahu apabila mereka menulis? Apa yang mereka cuba nak capai? Ada siapa siapa coaching Yasmin (saksi) ke buat cerita? Yasmin kena ugut ke? Mahkamah tak tolak ke kenyataan yasmin? Influencer ni semua dapat apa kalau cerita sebelah pihak ? Ada pihak yang coaching diorang jugak ke? "Sebab tu saya ambil pendekatan percaya pada court. Sistem kehakiman harus menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ramai influencer menulis di media sosial secara berat sebelah dan mula membawa sistem kehakiman ke jalanan, ke rimba. "Mereka seolah-olah ambil kesempatan sebab ramai orang Malaysia berfikiran sempit dan tidak akan baca detail atau ambil tahu detail. Menghukum sebelum semua proses dijalankan," tulisnya. Hayati juga menyarankan orang ramai mencari rujukan mengenai kes itu dari sumber berbeza dan melihat segala sudut. Bagaimanapun, kelantangan Hayati mendapat kecaman daripada warga maya yang menyifatkannya sebagai 'penyibuk' yang cuba menutup jenayah dilakukan Bainun. Dipercayai, kes ini akan berlarutan dalam masa yang panjang. Kita tunggu sajalah hasilnya sama ada nasib Adik Bella terbela atau tidak. - CARI
|
darkness replied at 22-4-2022 05:52 AM
Dah ada memorandum utk banun ye dekat telegram? Pengasas dia muhammad zaki omar and the geng. Betui ...
mrsamz replied at 22-4-2022 07:49 AM
Mcm iye..ada singgah kejap ke tele grup tu..dia sbb lawyer yg represent kes ni geng2 deme..so supp ...
darkness replied at 22-4-2022 08:13 AM
Lahhh...yelah satu geng kan. Mesti nak bekap
Normabaru replied at 22-4-2022 07:46 AM
Kaka baca mstar si pijah ni kata dia xkoyak..dah tu awat adik la sedara la kawan la sume nk dok beka ...
Nnasda53 replied at 22-4-2022 10:39 AM
Dia dah kawin kaka norma tak silap iols pernah tgk live dia dulu.
Normabaru replied at 22-4-2022 08:45 AM
Ada anak ke xde..kerempeng mcm bullemia je Minah ni
mawarika replied at 22-4-2022 10:10 AM
Cannot brain dgn adik kau la kakak. Gila glam. Satu malaysia dah kenal. Suko tak? Lg satu kt fb kuat ...
saviour_09 replied at 22-4-2022 10:03 AM
just shut the fuck up la
lagi ko memekak lagi org hangin
darkness replied at 22-4-2022 05:52 AM
Dah ada memorandum utk banun ye dekat telegram? Pengasas dia muhammad zaki omar and the geng. Betui ...
Normabaru replied at 22-4-2022 08:57 AM
Minah pijah ni mmg kelate pon kan..ke kaka Salah baca
ADVERTISEMENT