Kisah seorang peniaga minuman membuang kopi yang dipesan pelanggannya kerana dia dibayar menggunakan duit syiling bernilai 5 sen menjadi tular di media Singapura.
Berdasarkan hantaran seorang pelanggan wanita di Facebook Complaint Singapore, dia meluahkan rasa marah terhadap insiden berkenaan. “Adakah 5 sen bukan duit sehinggakan peniaga enggan menerimanya jika dibayar pelanggan?” soalnya. Menurutnya, dia memesan kopi-o di sebuah kedai di Yishun yang berharga S$1.20 (RM3.70). Apabila dia cuba membayar harga minuman itu menggunakan duit syiling, termasuk dua keping syiling 5 sen, pekerja di kedai tersebut meninggikan suara lalu membuang kopi yang dipesannya ke dalam sinki.
Lapor Berita Mediacorp, aduan wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pengguna media sosial. Ada yang memberitahu, menggunakan syiling 5 sen adalah sah selagi tidak melebihi S$2 (RM6.21). Terdapat juga pengguna media sosial yang menegaskan peniaga itu sepatutnya dipersalahkan dan mereka menyatakan, peniaga sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu sekiranya enggan menerima bayaran menggunakan syiling 5 sen. Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sebelum ini juga pernah mengeluarkan kenyataan mengenai bayaran menggunakan syiling. Jelasnya, peniaga perlu meletakkan notis mengenai kaedah bayaran yang diterimanya. Sementara itu, sikap peniaga tersebut juga dikecam kerana meninggikan suara dan membuang kopi yang sudah dibancuh ke dalam sinki. Sumber: Utusan
|
lemak_masin replied at 5-4-2022 06:40 AM
Berlagaknye acik Vietnam tu..
prettyuglybabe replied at 5-4-2022 10:14 AM
entah-entah sally piu piu ni pun sama je rude dia..
maybe orang dah cakap tak accept tapi dia bagi j ...
lemak_masin replied at 5-4-2022 06:40 AM
Berlagaknye acik Vietnam tu..
paz replied at 5-4-2022 08:10 AM
Mostly perniaga kecik macam ni happy dapat duit kecik. Kadang-kadang minta bayar guna syiling kalau ...
ADVERTISEMENT