CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Tukar Hukuman Penjara Guru Rogol 13 Pelajar Kepada Hukuman Mati

5-4-2022 05:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3151| Komen: 38

Hakim Mahkamah Tingi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang guru, Herry Wirawan yang sebelum ini disabit kesalahan kerana merogol 13 pelajarnya sehingga hamil dan melahirkan anak.


Keputusan itu dibuat selepas hakim membenarkan rayuan dibuat pendakwa raya.


Kredit foto: Antara

“Selepas menerima rayuan dikemukakan pendakwa raya, Mahkamah Tinggi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap Herry Wirawan,” kata Ketua Hakim, Herri Swantoro seperti yang dilapor Detik News.

Hakim dalam keputusannya turut mengubah keputusan Mahkamah Daerah Bandung yang sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Herry.



Kredit foto: Detik

Selain itu, hakim juga memutuskan Herry tetap akan menjalani hukuman penjara sebelum hukuman mati dilaksanakan.

Terdahulu, pandakwa raya menuntut Herry dihukum mati, namun ditolak Mahkamah Daerah Bandung dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Kemudian, pendakwa raya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Bandung sehingga keputusan dibuat.

Kes Herry mendapat liputan meluas di seluruh Indonesia selepas perbuatan terkutuknya yang dilakukan sejak 2016 terbongkar.

Perbuatan terkutuk Herry hanya terbongkar pada Mei tahun lalu apabila ibu bapa seorang daripada mangsanya menyedari anak mereka mengandung.

Lelaki itu yang juga merupakan guru agama merogol mangsa dengan menggunakan kekerasan dengan lapan daripada mereka mengandung dan seorang daripadanya pernah melahirkan anak dua kali.


Kredit foto: Antara

Media tempatan melaporkan, Herry cuba menarik perhatian pelajar setempat yang kebanyakannya daripada golongan miskin untuk belajar di sekolahnya dengan menawarkan biasiswa dan pelbagai insentif.

Mahkamah juga dimaklumkan kesemua pelajar Herry tidak dibenarkan menghubungi keluarga mereka apabila telefon bimbit dirampas, selain hanya dibenarkan pulang ke rumah sekali setahun.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 5-4-2022 02:44 AM
Eh saikonya..
Quote lattehazelnut 5-4-2022 04:30 AM
Padan muka
Quote Supersirap 5-4-2022 05:31 AM
Apalah sebab jadi macam begitu?
Quote sukacactus 5-4-2022 05:47 AM
Good news!
Quote Mulotkoyak 5-4-2022 06:17 AM
Songkok kopiah pastu merogol? Rase xbersalah ke? Dpn tuhan? Mengandung, lahirkan zuriat luar nikah. Maybe ade yg trauma and ada baby yg mati sbb xde bapa. Aduyai kesiannya utk 8 prg mangsa tuh. Masa depan terus hitam.
Quote Suchi 5-4-2022 06:37 AM
Wau sampai hukuman mati yaa ingat kat sana takda hukuman mati.
Quote lemak_masin 5-4-2022 06:42 AM
Ambik kaw .. hukum mati terus.. kalau kat malaysia buat camni kan baguss
Quote lemak_masin 5-4-2022 06:43 AM
Takde pekdah nak simpan perogol
Quote chocobozhere 5-4-2022 06:43 AM
Kerana kotey badan binasa.. Hanat punya jantan....hrp kt penjara ko pulak kene rogol sblm ke alam barzakh
Quote cheezel 5-4-2022 06:48 AM
Bagus. Xguna pun org cmni hidup. Kang lagi ramai dirogolnya
Quote kakikuDibibirmu 5-4-2022 07:11 AM
waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini kabupaten kedubes muntaber, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia....mbak.. pantek Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote takayama 5-4-2022 07:49 AM
bagusnya ada hukuman mcm ni
nk buat apa simpan dlm penjara kan, buat perabeh beras aje
bdk2 yg dia rogol tu entah mcm mana mereka lalui tambah lg ada yg hamil
Quote renko 5-4-2022 08:48 AM
dekat fb ramai duk menyalak kata jangan mention guru agama
Quote renko 5-4-2022 08:48 AM
dekat fb ramai duk menyalak kata jangan mention guru agama
Quote Hizert 5-4-2022 09:27 AM
guru agama tapi perangai sekaum syaitonirrojim!
Quote piep 5-4-2022 09:30 AM
bagus sekali hakim tu.. sian mangsa tu trauma.. x guna la nk pakai songkok bagai.. hanat tui
Quote Friska 5-4-2022 09:36 AM
Menurut tamu forum. apakah hukum/vonis yang sama akan berlaku di Malaysia?
Quote Raline 5-4-2022 12:43 PM
KECOH KES NI..... 13 KALI smpai beranak org tu
Quote Raline 5-4-2022 12:44 PM
klu ya pun g la cari ayam

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.821631 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top