CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2421|Reply: 38

[Dunia] Guru rogol 13 pelajar dihukum mati

[Copy link]
Post time 5-4-2022 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Guru rogol 13 pelajar dihukum mati


Anggota polis berkawal ketika mahkamah membacakan penghakiman perbicaraan seorang bekas guru merangkap pengasas sekolah tahfiz, Herry Wirawan, 36, yang menghadapi tuduhan merogol 13 pelajar perempuan di Bandung, Indonesia. - Foto REUTERS


JAKARTA: Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas guru atas tuduhan merogol 13 pelajar perempuan sebuah sekolah tahfiz di Bandung.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan susulan tertuduh sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Kes membabitkan Herry Wirawan, 36, menggemparkan Indonesia dan mengetengahkan isu mengenai keperluan melindungi kanak-kanak daripada keganasan seksual di sekolah tahfiz berasrama.

Februari lalu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah di Bandung, sebelum pihak pendakwaan memfailkan rayuan memohon tertuduh dikenakan hukuman mati.

"Dengan ini, mahkamah menghukum tertuduh dengan hukuman mati," menurut kenyataan dikeluarkan mahkamah yang dimuat naik di laman sesawang Mahkamah Tinggi Bandung.

Sementara itu, peguam Herry, Ira Mambo, enggan mengulas sama ada pihaknya akan memfailkan rayuan atas alasan beliau perlu melihat penghakiman penuh oleh mahkamah.

Jurucakap pejabat pendakwaan tempatan juga berkata pihaknya menunggu penghakiman penuh sebelum memberi sebarang komen

Antara 2016 dan 2021, Herry didakwa melakukan jenayah seksual terhadap 13 pelajar perempuan, yang berusia antara 12 dan 16 tahun.

Lapan daripada mangsa tertuduh juga hamil, menurut penghakiman pada Februari lalu.

Pegawai Indonesia, termasuk Menteri Perlindungan Kanak-Kanak turut menyokong rayuan bagi mendapatkan hukuman mati itu.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia membantah rayuan hukuman mati itu, yang dianggap tidak bersesuaian.

Indonesia, sebagai negara berpenduduk Islam paling ramai di dunia, mempunyai puluhan ribu sekolah tahfiz berasrama dan sekolah agama, yang lazimnya menjadi pilihan pelajar dari keluarga miskin mendapatkan pendidikan. - REUTERS

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... elajar-dihukum-mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh saikonya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Apalah sebab jadi macam begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Good news!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Songkok kopiah pastu merogol? Rase xbersalah ke? Dpn tuhan? Mengandung, lahirkan zuriat luar nikah. Maybe ade yg trauma and ada baby yg mati sbb xde bapa. Aduyai kesiannya utk 8 prg mangsa tuh. Masa depan terus hitam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2022 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Wau sampai hukuman mati yaa ingat kat sana takda hukuman mati.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambik kaw .. hukum mati terus.. kalau kat malaysia buat camni kan baguss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde pekdah nak simpan perogol
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerana kotey badan binasa.. Hanat punya jantan....hrp kt penjara ko pulak kene rogol sblm ke alam barzakh
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus. Xguna pun org cmni hidup. Kang lagi ramai dirogolnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini kabupaten kedubes muntaber, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia....mbak.. pantek Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:49 AM | Show all posts
bagusnya ada hukuman mcm ni
nk buat apa simpan dlm penjara kan, buat perabeh beras aje
bdk2 yg dia rogol tu entah mcm mana mereka lalui tambah lg ada yg hamil
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:48 AM | Show all posts
dekat fb ramai duk menyalak kata jangan mention guru agama
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:48 AM | Show all posts
dekat fb ramai duk menyalak kata jangan mention guru agama
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:27 AM | Show all posts
guru agama tapi perangai sekaum syaitonirrojim!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 09:30 AM | Show all posts
bagus sekali hakim tu.. sian mangsa tu trauma.. x guna la nk pakai songkok bagai.. hanat tui
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:36 AM | Show all posts
Menurut tamu forum. apakah hukum/vonis yang sama akan berlaku di Malaysia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2022 12:43 PM | Show all posts
KECOH KES NI..... 13 KALI smpai beranak org tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2022 12:44 PM | Show all posts
klu ya pun g la cari ayam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.413452 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list