Polis kini sedang giat mengesan dua suspek lelaki yang cuba menyamun seorang wanita di Taman Datuk Lela Maharaja Chembong, di sini, 30 March lalu.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, mangsa berusia 38 tahun mengalami luka dan sakit di bahagian leher. Menurutnya, polis menerima maklumat melalui panggilan telefon menyatakan jirannya telah disamun dua lelaki menggunakan sebilah parang dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC warna biru atau hitam pada pukul 9.30 pagi. “Bertindak ke atas maklumat, polis telah menjalankan siasatan dan mendapati penunggang motosikal memegang parang, meraba leher mangsa dan cuba menarik rantai leher, tetapi dihalang anak mangsa dengan membaling kerusi ke arah suspek. “Suspek melarikan diri, namun polis berjaya mengesan kenderaan yang digunakan melalui semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Hazri berkata, kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis terdekat atau atau Bilik Gerakan IPD Rembau ditalian 06-6851999. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
musangbodoh replied at 5-4-2022 10:03 AM
share lh bideo...pemalas
Rockafella replied at 5-4-2022 10:21 AM
Kan.... video pun malas nak tepek. Gaji nak plak mintak. Hahahahahaha!
musangbodoh replied at 5-4-2022 11:29 AM
dorang buat pekak badak jer....cam lahanat
btw...hye rock ltnc....posa dak rini...ok ok slmt be ...
ADVERTISEMENT