CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 855|Reply: 4

Cubaan Samun Gagal Anak Mangsa Lempar Kerusi, Lelaki Tunggang Yamaha LC Diburu

[Copy link]
Post time 5-4-2022 05:32 AM | Show all posts |Read mode
Polis kini sedang giat mengesan dua suspek lelaki yang cuba menyamun seorang wanita di Taman Datuk Lela Maharaja Chembong, di sini, 30 March lalu.


Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, mangsa berusia 38 tahun mengalami luka dan sakit di bahagian leher.


Menurutnya, polis menerima maklumat melalui panggilan telefon menyatakan jirannya telah disamun dua lelaki menggunakan sebilah parang dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC warna biru atau hitam pada pukul 9.30 pagi.




Polis kini sedang giat mengesan dua suspek lelaki yang cuba menyamun seorang wanita di Taman Datuk Lela Maharaja Chembong, di sini, 30 March lalu. - Foto IHSAN POLIS




“Bertindak ke atas maklumat, polis telah menjalankan siasatan dan mendapati penunggang motosikal memegang parang, meraba leher mangsa dan cuba menarik rantai leher, tetapi dihalang anak mangsa dengan membaling kerusi ke arah suspek.


“Suspek melarikan diri, namun polis berjaya mengesan kenderaan yang digunakan melalui semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Hazri berkata, kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis terdekat atau atau Bilik Gerakan IPD Rembau ditalian 06-6851999.  




Sumber: KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 10:03 AM | Show all posts
share lh bideo...pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 10:21 AM | Show all posts

Kan.... video pun malas nak tepek. Gaji nak plak mintak. Hahahahahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:29 AM | Show all posts
Rockafella replied at 5-4-2022 10:21 AM
Kan.... video pun malas nak tepek. Gaji nak plak mintak. Hahahahahaha!

dorang buat pekak badak jer....cam lahanat

btw...hye rock ltnc....posa dak rini...ok ok slmt berposa kt hg nfamily
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:36 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 5-4-2022 11:29 AM
dorang buat pekak badak jer....cam lahanat

btw...hye rock ltnc....posa dak rini...ok ok slmt be ...

Selamat berpuasa juga untuk Musang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.076194 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list