Taliban baru-baru ini mengarahkan semua kakitangan kerajaan yang hadir ke pejabat untuk menyimpan janggut dan mematuhi kod berpakaian atau berisiko untuk dipecat.
Seorang sumber memberitahu Reuters, wakil daripada Kementerian Penyebaran Kebajikan dan Pencegahan Maksiat membuat rondaan di pintu masuk ke pejabat kerajaan, Isnin lalu, untuk memeriksa sama ada pekerja mematuhi peraturan baharu itu atau sebaliknya. Pekerja diarahkan untuk tidak mencukur janggut dan memakai pakaian tempatan iaitu baju, seluar panjang yang longgar, dan topi atau serban, di samping solat pada waktunya, kata dua sumber lagi.
Menurut sumber itu, pekerja diberitahu mereka tidak akan dapat memasuki pejabat dan akan dipecat jika tidak memenuhi kod pakaian. Jurucakap kementerian berkenaan tidak mengulas lanjut ketika diminta berbuat demikian. Minggu lalu, Taliban melarang wanita menaiki penerbangan tanpa mahram lelaki dan gagal membuka sekolah untuk perempuan seperti yang dijanjikan. Ahad lalu, Taliban mengarahkan taman diasingkan mengikut jantina dengan wanita dibenarkan masuk tiga hari seminggu, manakala lelaki empat hari termasuk hujung minggu. Ini bermakna pasangan serta keluarga yang sudah berkahwin juga tidak boleh bertemu antara satu sama lain. Pentadbiran Taliban mendapat kritikan di dalam negeri dan daripada kerajaan Barat kerana melaksanakan peraturan keras kepada semua rakyat Afghanistan. Taliban mengatakan ia menghormati hak setiap individu selaras dengan undang-undang Islam dan adat Afghanistan. Ia juga menegaskan pentadbirannya berubah berbanding era pemerintahan antara 1996 hingga 2001 apabila mereka melarang wanita keluar rumah tanpa saudara lelaki dan memaksa lelaki menyimpan janggut. Namun Rabu lalu, Taliban melakukan pusingan U apabila menutup sekolah untuk perempuan yang seterusnya menyebabkan bantahan masyarakat antarabangsa. Susulan itu, Amerika Syarikat (AS) enggan menghadiri mesyuarat dirancang dengan pegawai Taliban di Qatar untuk membincangkan isu ekonomi. Sumber: Harian Metro
|
clueless_gamer replied at 1-4-2022 05:40 PM
aku personally tak sokong pun kerajaan taliban ni.. terlalu rigid dlm byk hal
tapi ni nak share jel ...
anony-mous replied at 1-4-2022 05:42 PM
I kdg2 confuse bab mazhab ni. Mcm kita ikut shafiee. Plg teliti antara semua mazhab. Lepas tu ada ...
spankee_fili replied at 3-4-2022 09:15 AM
Seingat iols dulu kat matriks kot ustaz ada cakap, ke kawan yg cakap pasal mazhab ni
Setiap mazha ...
spankee_fili replied at 3-4-2022 09:15 AM
Seingat iols dulu kat matriks kot ustaz ada cakap, ke kawan yg cakap pasal mazhab ni
Setiap mazha ...
anony-mous replied at 1-4-2022 05:42 PM
I kdg2 confuse bab mazhab ni. Mcm kita ikut shafiee. Plg teliti antara semua mazhab. Lepas tu ada ...
anony-mous replied at 3-4-2022 06:02 PM
Oo tq uols. Sedikit sbyk dah faham. Kiranya kalau dah mazhab syafiee kena ambil keseluruhan la kan ...
ADVERTISEMENT